KUALITI SEBAGAI SEORANG PENGURUS ISLAM
PENDAHULUAN:
Pengurusan moden yang berakar umbi daripada tamadun barat banyak memberi manfaat kepada oraganisasi hari ini dalam memudahkan urusan seharian mereka. Dari semasa ke semasa banyak konsep dan teknik pengurusan terkini digunakan oleh syarikat- syarikat terkemuka di Barat dan di Timur bagi memajukan perniagaan mereka. Pengurusan moden boleh dikatakan bermula daripada pengurusan saintifik yang dikemukakan oleh Taylor yang menitikberatkan kepentingan pengkhususan kerja. Kemudian wujudnya pengenalan prinsip-prinsip pengurusan klasik oleh Fayol.
Meskipun pengurusan moden banyak memberi kebaikan kepada organisasi hari ini, namun masih wujud masalah yang melibatkan individu pengurus itu sendiri. Pengurusan moden tidak mengajar pengurus untuk memperbaiki perangai dan kelakuan pengurus kearah kebaikan diri pengurus dan kebaikan organisasi yang menyeluruh. Pengurusan moden membolehkan pengurus melihat diri mereka sebagai tuan yang berkuasa sepenuhnya terhadap pekerja [1].
Namun dalam Islam jelas konsep pengurusan Islam di bincangkan dengan panjang lebar bahkan kita berusaha untuk menerapkan nilai dan konsep ini dalam setiap organisasi Islam. Dalam kajian ini penulis memberi fokus terhadap pengurusan Islam dalam konteks perguruan.
Sebelum penulis mengulas dengan lebih lanjut tentang konsep atau kualiti yang sepatutnya ada sebagai seorang pengurus Islam mari kita renungkan beberapa dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah serta kata-kata hikmah dari cendiakawan agar perbincangan kita nampak lebih tuntas dan jelas.
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak sekali-kali menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh.” [2]
“Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya”[3]
Iman itu tempatnya dihati (qalb), atau menurut penjelasan Haji Agus Salim, “paham iman itu mengenai jiwa batin, yang tidak dapat kita kuasai dengan kehendak kita, tak dapat kita kendalikan dan kemudikan dengan akal kita.” [4]
Ini antara dalil yang menjelaskan kepada kita bahawa segala yang berkait dengan pengurusan Islam adalah bertunjangkan kepada konsep keimanan dan ketauhidan kita kepada Tuhan pencipta segala-galanya. Oleh itu, tidak dapat tidak kita tidak dapat lari dari konsep asas dalam Islam yang sememangnya menekankan konsep ini dalam apa jua yang kita lakukan, walau apa jua status kita dalam masyarakat dan lebih-lebih lagilah jika kita sebagai seorang pemimpin dalam sesebuah organisasi.

KONSEP PENGURUSAN ISLAM:
Islam mengiktiraf agama sebagai ad-Din, iaitu satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh. Maka dengan itu, dengan sendirinya dalam Islam tidak wujud pemisahan antara pengurusan daripada agama seperti yang wujud dalam pengurusan moden. Apa yang jelas, Islam mempunyai falsafah yang tersendiri dalam pengurusan. Ajaran Islam di sini telah membekalkan panduan dan prinsip berdasarkan sumber yang sahih dan nyata bagi menjadikan pengurusan sebagai satu disiplin yang di redhai Allah swt [5].
Falsafah pengurusan Islam amat berbeza dengan falsafah pengurusan moden yang berlandaskan konsep sekular. Konsep sekular yang dimaksudkan disini adalah mengasingkan perihal keduniaan dengan agama. Bagi pengurusan moden, agama merupakan hal peribadi dan tidak berkait langsung dengan pengurusan.
Tidak sepertimana falsafah pengurusan Islam yang bertunjangkan konsep atau paradigma tauhid sebagai tunjang kepada sikap dan perlakuan pengurus dalam mengurus pekerja dan jabatannya.
Sheikh Ghazali (1991), seorang penulis buku perniagaan Islam dalam membicarakan falsafah ekonomi Islam menegaskan tauhid sebagai “satu ukuran dan landasan unggul bagi setiap keputusan dan perancangan yang dilaksanakan. Tauhid juga merupakan landasan arah dan misi yang dibawa oleh sistem ini, yang setiap sesuatu yang dengan perjalanan sistem ini tidak lepas daripada mendahului prinsip-prinsip, nilai-nilai dan segala pertimbangan serta hukum-hakam yang menyertai tauhid.
Begitu juga dalam hadith Rasulullah saw yang amat dikenali sebagai hadith jibril mengkhabarkan kepada kita ummatnya tentang tiga pokok ugama yang mana ketiga-tiga pokok ugama inilah yang menunjangi kita sebagai umat Islam dalam apa jua buat kerja kita. Hadith ini antara lain menceritakan tentang

Islam ;
“Islam ialah: kamu bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang hak disembah melainkan Allah, kemudian kamu mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan ibadah haji ke Baitullah (Makkah), jika engkau mampu”.
Iman;
“Iaitu: kamu beriman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari kiamat dan kepada qadar (taqdir) yang baik dan buruk”.
Dan juga tentang konsep

ihsan;
.........Kemudian ia berkata lagi: “Jelaskanlah padaku tentang ihsan”. Nabi menjawab: “ iaitu: kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak melihat-Nya, maka yakinilah sesungguhnya Ia melihatmu.”............[6]
SIFAT DAN KELAKUAN PENGURUS ISLAM:
‘Ubudiyyah
Sepertimana yang kita bincangkan diatas bahawa konsep ihsan merupakan perkara yang amat penting untuk ditekankan oleh seseorang pengurus Islam yang baik. Ini kerana tanpa kita menghayati sifat ini mana mungkin seseorang itu dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan itu dengan hati yang benar-benar takut pada Tuhan pencipta segala sesuatu samada yang di langit dan di bumi.
Kemudian ia berkata lagi: “Jelaskanlah padaku tentang ihsan”. Nabi menjawab: “ iaitu: kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak melihat-Nya, maka yakinilah sesungguhnya Ia melihatmu.” [7]
Oleh yang demikian itulah maka wajar sekalilah kita meletakkan sifat ‘ubudiyyah ini ditempat yang pertama dan teratas sekali memandangkan bahawa sifat ini merupakan tunjang segala apa yang kita bincangkan berkaitan dengan konsep dan sikap seorang pengurus yang baik dan berkesan zahir dan batin.
Jika kita kaitkan pula dengan konsep pengurusan di sekolah, guru besar sememangnya memainkan peranan yang penting dalam menakhodai anak-anak kapalnya yang terdiri daripada guru- guru, murud-murid, kakitangan sekolah seterusnya kepada semua warga sekolah tersebut.
Seorang guru besar yang baik pasti menjadikan tunjang ‘ubudiyyah ini sebagai asas dalam melaksanakan tanggungjawab kerana sentiasa merasakan diri diperhatikan oleh Allah dalam setiap tindakan serta kerja yang dilakukan samada yang diketahui mahupun yang tersembunyi. Kerana dia percaya dan penuh yakin bahawa Allah itu maha melihat dan mengetahui apa yang ada di dalam hatinya sekalipun ia tidak di zahirkan kepada manusia lainnya.
Apabila konsep ihsan berjaya dikuasai dengan sebaik-baiknya, maka secara tidak langsung hatinya menjadi bersih dan lembut. Oleh itu, sikap ego dan meninggi diri boleh diatasi dengan baik. Boleh menerima pendapat dan pandangan dari guru-guru lain tanpa memandang remeh terhadap apa yang diutarakan.
Selain itu, solat dijadikan tunjang utama dalam merealisasikan konsep ihsan dalam diri, kerana solat itu adalah tiang ugama, sebanyak manapun amalan baik yang dilakukan, tanpa solat semua itu akan menjadi sia-sia sahaja.
Sebagamana Nabi saw bersabda yang bermaksud :
“Sembahyang itu adalah tiang agama, siapa yang mendirikannya seolah dia mendirikan agama, barangsiapa yang meninggalkan sembahyang ibarat meruntuhkan agama”
Mas’uliyyah
Sifat yang seterusnya yang perlu ada bagi seorang pengurus yang baik adalah sifat mas’uliyyah. Seorang pengurus terutamanya seorang pengetua sekolah itu seharusnya bertanggungjawab ke atas sebarang perlakuan dan prestasi guru-guru mahupun pelajar serta kakitangan sekolah . Contohnya jika berlaku perselisihan antara guru dan pelajar, pengetua harus menyiasat terlebih dahulu punca kepada berlakunya peristiwa tersebut. Dia tidak harus menerima bulat-bulat apa yang disampaikan dan memastikan perkara itu diselesaikan dengan cara yang sebaiknya dan berhemah.
Selain itu, pengetua yang bertanggungjawab sentiasa berusaha melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan keatas pundaknya kerana dia yakin bahawa segala apa yang dilakukan itu pasti akan dipersoalkan diakhirat kelak.
Sebagaimana Nabi bersabda yang bermaksud:
“Setiap orang itu adalah pemimpin dan dia akan dipersoalkan ke atas apa yang dipimpinnya”
Seorang pengetua yang memahami tanggungjawabnya juga sentiasa melakukan pemantauan terhadap masalah yang dihadapi oleh guru-guru, pelajar mahupun kakitangan sekolah. Dia menyedari bahawa sebagai seorang manusia kita tidak akan terlepas daripada masalah atau hal-hal yang kurang menyenangkan. Oleh yang demikian pengetua atau pengurus yang baik itu sentiasa menjadikan dirinya sebagai tempat untuk meluahkan sebarang permasalahan dan berusaha untuk menjadi pendengar yang baik seterusnya mampu memberi nasihat kepada yang memerlukannya dan juga memperbaiki mana-mana yang perlu diperbetulkan.
Motivasi penting sebagai egen penggerak atau juga boleh dikatakan sebagai enjin yang dapat menggerakkan seseorang agar lebih berpotensi dan efektif dalam melaksanakan tugas seharian. Begitu jugalah guru- guru dan pelajar. Mereka memerlukan motivasi yang tinggi bagi menjamin kecemerlangan dan prestasi. Pengetua sebagai seorang pentadbir atau pengurus sentiasa berusaha memberikan motivasi samada memberi ucapan di perhimpunan sekolah atau mengadakan kem motivasi diperingkat sekolah samada kepada guru mahupun pelajar. Selain itu, pengetua sentiasa menjadikan setiap pertemuan antara guru itu sebagai salah satu saluran bagi menyampaikan kata-kata semangat dan dorongan kepada guru ataupun pelajar. Inilah antara nilai atau contoh pengurus yang baik yang sentiasa memanfaatkan peluang dan ruang yang ada nasihat-menasihati diatas perkara yang baik.
Firman Allah yang bermaksud:
“ Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan- pesan dengan kesabaran” [8].
Itqan

Itqan merujuk pada pelaksanaan dan penyempurnaan kerja yang dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh [9]. Dalam sistem pentadbiran sekolah misalnya, pengetua memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya. Seorang pengurus yang memahami bidang kerjanya dengan baik serta yakin bahawa setiap apa yang dilakukanya itu akan mendapat ganjaran yang setimpal samada di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat, maka sudah tentulah dia bekerja dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh. Seraya daripada keyakinan ini akan menjadikan pengurus itu melakukan kerja yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.
Selain itu juga seseorang pengurus itu akan sentiasa memperbaiki mutu prestasinya dalam gerak kerja yang dilakukan. Sebagai seorang pengetua misalnya, beliau bukan sahaja terikat dengan aktiviti mengajar bahkan apa sahaja yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah memerlukan perhatian yang tidak kurang pentingnya. Seperti hal-hal yang melibatkan prestasi guru dalam melaksanakan tugas, prestasi pencapaian pelajar dalam akademik mahupun sukan, masalah-masalah disiplin pelajar, prestasi sekolah dan sebagainya. Segala masalah yang timbul sentiasa dibawa berbincang atau lebih dekat kita gunakan konsep ‘syura’. Konsep ini amat digalakkan oleh Rasulullah saw untuk dipraktikkan agar setiap masalah yang dihadapi dapat ditangani bersama dengan tuntas sekali.
Kualiti kerja juga antara perkara yang amat dititik beratkan dalam merealisasikan sifat itqan bagi seorang pengurus Islam. Namun begitu, sekalipun kualiti amat dipentingkan akan tetapi ia tidak sampai mengabaikan tanggungjawab lain terutamanya amanahnya terhadap keluarga dan juga terhadap agama.
Disini, konsep fiqh al-Awlawiyyat (fiqh keutamaan) sangat perlu dikuasai agar setiap perkara yang dilakukan tidak sampai mengabaikan perkara-perkara lain yang juga tidak dikira sebagai perkara nombor dua. Fiqh al-Awlawiyyat yang penulis maksudkan adalah, meletakkan segala sesuatu pada tangga dan peringkatnya yang sebenar dengan pertimbangan keadilan, samada mengenai perbuatan, pemikiran, hukum-hakam dan nilai-nilai akhlak mulia. Perkara yang paling penting mesti didahulukan dan diutamakan, kemudian yang penting, kurang penting dan selanjutnya, mengikut pandangan syari’at Islam yang bersumber daripada wahyu Ilahi dan berfungsi sebagai petunjuk kepada akal fikiran insan [10].
Perkara yang semestinya diutamakan wajib didahulukan dan perkara yang mesti diakhirkan wajib diletakkan ditempat yang terakhir. Perkara kecil tidak boleh dibesar-besarkan, dan perkara yang penting tidak boleh dipandang remeh. Dengan lain perkataan, segala sesuatunya mesti diletakkan pada kedudukan dan tempatnya secara ‘adil dan sesuai mengikut pandangan syari’at Islam tanpa adanya mana-mana bahagian yang dirugikan ataupun diabaikan seperti yang dijelaskan dalam al-Quran yang bermaksud:
“Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (ke’adilan). Supaya kamu jangan melampaui batas neraca itu” [11].
Qana’ah
Qana’ah ialah sifat seseorang pengurus Islam yang sentiasa berpuas hati dengan rezeki yang diberikan Allah kepadanya. Seorang pengurus Islam yang qana’ah bukanlah seorang pengurus yang mengejar pangkat dan status sebagai objektif hidupnya. Beliau yakin jika usahanya tidak mendapat ganjaran yang setimpal, maka ganjarannya kelak akan diperolehi di akhirat.
Dalam konteks sebagai seorang pengetua sekolah, yang sentiasa bersifat dengan sifat qana’ah akan sentiasa memberi peluang kepada pekerjanya iaitu guru-guru dan juga kakitangan sekolah untuk mendapat ganjaran. Beliau tidak akan berebut sama dengan orang bawahannya dalam mengejar hasil ganjaran. Beliau tidak akan mengekploit atau menggunakan hasil kerja guru-guru sebagai batu loncatan untuk naik pangkat atau gaji.
Sebagai contoh, sekolah ada menganjurkan sambutan sempena Hari Kemerdekaan. Guru dikehendaki mencari ‘sponsor’ atau sumber kewangan lain bagi menampung perbelanjaan bagi program tersebut. Akan tetapi sumber kewangan yang dihendaki tidak mencapai target yang dikehendaki. Namun demikian pengetua tetap bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang diperolehi. Apa yang berlaku itu tidak sampai kepada melanggar batas agama dan syari’at seperti mendapatkan tajaan program dari syarikat-syarikat yang tidak halal seperti sport toto dan lain-lain.
Murunah
Murunah bermaksud fleksibel. Seseorang pengurus Islam yang mempunyai sifat murunah bukanlah bermakna bahawa pengurusanya itu bersifat ketat atau longgar tetapi menjurus kepada persoalan bilakah sifat tidak ketat atau tidak longgar tersebut boleh diamalkan.
Seorang pengurus yang murunah, merupakan seorang pengurus yang tidak hanya berpegang atau bergantung semata-mata kepada peraturan atau dasar dalam sesebuah organisasi. Akan tetapi mereka menggunakan budi bicara sebagai asas dalam pelaksanaan tugasnya sebagai seorang pengurus.
Begitu juga halnya kepada seorang pengetua, beliau tidak mengambil kesempatan diatas pangkat yang ada bahkan menggunakan pangkat atau jawatan yang disandang sebagai landasan untuk mendekatkan diri kepada al-Khaliq. Iaitu tidak menekan guru-guru yang bermasalah. Misalnya ada dikalangan guru yang selalu datang lewat ke sekolah. Apa yang dilakukan bukan terus menghukum atau mencantas perbuatan guru tersebut, akan tetapi beliau sedaya mungkin cuba berbincang dengan guru itu tentang apakah faktor penyebab diatas kelewatan guru itu ke sekolah. Dari situ akan wujudlah hubungan dua hala antara pengurus dan orang yang berada di bawahnya. Serta perbuatan menuding jari di atas kesalahan orang lain tidak akan timbul sama sekali bahkan perbuatan nasihat-menasihati dan bertoleransi berjaya dibudayakan di sesebuah sekolah.
KESIMPULAN:
Konsep pengurusan Islam dan sifat-sifat yang perlu ada sebagai seorang pengurus Islam yang sebenarnya telah dibincangkan diatas. Meskipun begitu, sifat-sifat ini bukanlah sifat menyeluruh ataupun merupakan kamus lengkap yang perlu ada kepada seorang pengurus. Sebenarnya banyak lagi sifat-sifat mahmudah lain yang juga sepatutnya ada pada seorang yang dikatakan sebagai seorang pengurus khususnya sebagai seorang pengetua di sekolah.
Namun begitu, penulis berpandangan segala sifat-sifat yang telah dihuraikan diatas semestinya bertunjangkan kepada konsep tauhid serta keimanan atau juga dikatakan sebagai konsep ‘ubudiyyah kepada Tuhan yang maha esa. Inilah yang menjadi asas bagi sistem dalam sesebuah pentadbiran Islam yang syumul. Bermula dari konsep kehambaan yang tumbuh hasil daripada konsep peng’abdian yang sebenar itulah yang akan melahirkan pelbagai cabang sifat-sifat mahmudah yang lain.
Berdasakan kepada hadith jibril yang telah dinyatakan diatas, para ulama’ telah mengijma’kan bahawa kelengkapan agama Islam itu berada dalam tiga asasnya iaitu islam, man dan ihsan. Apabila kita fahami tentang ihsan sebagaimana yang disebutkan oleh Nabi saw itu maka kita dapat membuat kesimpulan bahawa ihsan itu ialah peningkatan iman dan Islam dalam penghayatan kedua-duanya, sehingga sampai ke tingkat atau darjat yang sebaik-baiknya atau yang paling sempurna [12].
Al-Sayid Muhammad Siddiq al-Ghumari pula menegaskan dengan katanya:
Sesungguhnya, sebagaimana yang terdapat dalam hadith (Jibril) itu, agama Islam itu terdiri dari tiga rukun tersebut (islam, iman dan ihsan). Maka sesiapa yang membuangkan bahagian ihsan, agamanya menjadi kurang tanpa keraguan lagi, kerana ia telah meninggalkan satu rukun daripada rukun-rukunnya. Maka tujuan tariqah ialah (pencapaian) ihsan itu, setelah seseorang itu dapat menghayati dengan sebenarnya islam dan iman [13].
Oleh itu, punca kepada banyaknya berlaku penyelewengan dalam sesuah organisasi pentadbiran hari ini kerana rapuh dan longgarnya pegangan para pengurus Islam itu pada tiga pokok agama itu sendiri iaitu perkara ketiga yang sering dilupakan kebanyakan manusia hari ini, iaitulah yang dinamakan konsep ihsan.
Firman Allah yang bermaksud:
"Belumkah sampai masanya bagi orang-orang yang beriman itu (para sahabat) untuk mengkhusyu’kan hati mereka bagi mengingati Allah dan kepada kebenaran (al-Quran) yang telah diturunkan dan janganlah mereka itu jadi seperti orang-orang yang diberikan al-Kitab sebelumnya, kemudian berlalu masa yang lama (tanpa mereka imankan dan amalkan) lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan mereka itu menjadi orang-orang yang fasik" [14].
Kenyataan diatas disokong oleh kata-kata ‘Ubadah bin al-Samit yang ditujukan kepada Jubayr yang menegaskan:
Benarlah kata-kata Abu Darda’ itu (hai Jubayr!). sekiranya engkau mahu nescaya aku boleh ceritakan kepada engkau mengenai ilmu yang mula-mula dihapuskan dari manusia. Ilmu itu ialah (ilmu) khusyu’, sehingga (pada masa itu) jika engkau masuk ke dalam masjid (sedang orang ramai sembahyang) berjemaah, nescaya engkau tidak dapati seorangpun yang khusyu’ [15].
Dari fakta-fakta yang telah dihuraikan diatas iaitu kedudukan ilmu dan amalan ihsan itu sendiri dalam Islam, maka dapatlah kita simpulkan bahawa ilmu dan amalan ihsan yang juga dikenali sebagai tasawwuf itu merupakan sebahagian daripada ajaran agama Islam itu sendiri. Malahan, ia merupakan bahagian dalamnya yang amat penting kerana tanpanya agama Islam bukan sahaja tidak sempurna tetapi juga akan menjadi lemah dan tidak bermaya.
Kesimpulannya sebagai seorang pengurus Islam, semada sebagai seorang pengetua sekolah mahupun sebagai seorang guru walau apa jua pangkat sekalipun, harus berusaha menanamkan di dalam hati konsep islam, iman dan ihsan agar kualiti kita sebagai pengurus Islam dalam lapangan pendidikan menjadi lebih berkesan serta membuahkan hasil yang menakjubkan dimasa akan datang.
Oleh:
NURHAFIZA SHAHRUDIN
SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN 3
UNIVERSIRI MALAYA
31/OGOS/2007
JUMAAT
[1] Azman Che Omar. Pengurusan di Malaysia Dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 2003. Hlm 46.
[2] Al-Qur’an, Surah Adz-Dzaariyaat: 56-58.
[3] Al-Quran, Surah Al-Muddatstsir: 38
[4] Agus Salim . Djedjak Langkah Hj. Agus Salim. 1954, hlm. 372.
[5] Azman Che Omar. Pengurusan di Malaysia Dari Perspektif Islam, hlm. 48-49.
[6] Hadith Riwayat Muslim.
[7] Hadith Riwayat Muslim.
[8] Al-Quran, Surah al-Asr: 1-3
[9] Azman Che Omar. Pengurusan di Malaysia Dari Perspektif Islam, hlm. 74.
[10] Prof. Dr. Yusuf Abdullah Al-Qaradhawi. Fiqh Keutamaan Satu Kajian Baru Dari Perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah. Selangor : Thinker’s Library Sdn. Bhd. 2005, hlm. 1-2.
[11] Al-Quran, Surah al-Rahman: 8-9.
[12] Prof Madya Dr. Jahid Sidek. Shaikh dalam Ilmu Tariqah. Kuala lumpur: Universiti Malaya. 1997, hlm. 37.
[13] Ahmad Siddiq Al-Ghumari, Al-Intisar li Ta’lif, t.t., hlm. 6.
[14] Al-Qur’an, Surah al-Hadid: 16
[15] K. H. Qamaruddin Saleh. Asbabun-Nuzul. Bandung: Indonesia. 1957, hlm. 102.