? ??????????????Playboy? ????? ?????? ???Rating: 3.9 (198 Ratings)??12 Grabs Today. 9517 Total Grabs. ????
??Get the Code?? ?? ?????Truth In The Skies? ????? ?????? ???Rating: 4.0 (1 Rating)??11 Grabs Today. 61 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Sunday, October 4, 2009

Ketenangan Telah Kembali…

Ya Tuhanku
Aku bersyukur padaMu
Terima kasih wahai Tuhanku
Kerna Engkau mendengar rintihanku selama ini
Engkau kurniakan padaku sedikit kegembiraan
Demi menghiburkan hatiku yang duka ini
Terima kasih ya Allah

Tiada ungkapan yang paling layak aku berikan
Tanda syukurnya aku diatas pemberianMu
Tanda syukurku diatas rahmatMu
Memberiku jalan keluar diatas keperitan yang ku alami selama ini
Dengan menganugerahi aku rasa lapang dihatiku
Inilah nikmat yang aku rasakan
Betapa ketenangan hati itu amat mahal sekali nilainya
Tiada boleh dijual beli dengan apa jua mata benda yang ada didunia ini

Betapa tersiksanya manusia itu
Apabila rasa tenang itu telah tercabut keluar dari hati
Betapa gelisahnya jiwa tiada terkata
Hanya Engkau sahaja tahu bagaimana tersiksanya rasa itu
Rupanya tenang jiwa itu amat penting dalam hidup manusia
Tanpanya boleh tidak keruan rasa hidup ini
Buat apapun serba tidak kena
Mujur juga jika diberi hidayah olehNya
Tatkala hati gelisah dia beruzlah mendekatkan diri kepadaNya
Merintih, merayu, menangis, munajat....terus-terusan...tanpa henti

Bagaimana pula yang tidak diberi hidayah?
Hati gelisah tidak tenang
Makin jauh pula dia dari Tuhannya
Pergi menghibur diri ketempat-tempat maksiat
Minum arak dan lain-lain demi mendamba sebuah ketengan yang telah hilang
Demi menghilangkan kekusutan di dalam lubuk jiwa yang tiada berkesudahannya
Dia terus hanyut..semakin jauh dari rahmat Allah
Bahkan murka pula Tuhan padaNya

Ya Allah malang sekali kalau begitu..
Jangan Kau biarkan ku hanyut dalam gelombang nafsu itu
Selamatkan aku Tuhan
Ampuni aku yang banyak lalai dan lupa ini
Bimbinglah aku agar sentiasa ingat padaMu

9 Syawal 1430H

Tuesday, September 15, 2009

RahmatNya Mengatasi KemurkaanNya

Engkau selalu mengeluh
Pabila ditimpa ujianNya
Engkau tidak sedar bahawa betapa nikmatNya
Selama ini Dia beri begitu banyak sekali
Tanpa perlu dibayar...diberi secara percuma
Bila diuji sedikit...engkau melatah
Cepat sahaja marah-marah
Bila diberi nikmat engkau ketawa riang
Hingga lupa hendak bersyukur

Inilah manusia apabila diuji cepat sahaja hatinya tersentuh
Tapi apabila mendapat nikmat engkau lupa lagi hendak bersyukur
Engkau memang patut di beri pelajaran
Engkau terus diuji..dan diuji dengan suatu yang menyakitkan
Suatu yang menyedihkan dan memeritkan
Dengan harapan engkau sedar dan kembali padaNya..
Itulah halusnya didikan Tuhan kepada hambaNya
Kasih sayangNya mengatasi kemurkaanNya

Tapi manusia itu sejenis makhluk yang sering saja lupa
Asal kalimah manusia itu dari kata ”nasia”
Bermaksud lupa
Memang patut manusia itu lupa padaNya
Lama-kelamaan dia ingat kembali
Ingat...lupa...ingat kembali..kemudian lupa lagi
Itulah manusia

Apabila engkau diberi ingat olehNya
Jangan lupa pula hendak bersyukur padaNya
Syukurilah pada rahmat dan nikmatNya
Syukurlah dengan rahmatNya engkau sedar kembali
Sedar akan hakikat kehambaan
Sedar bahawa diri ini hanya seorang hamba
Kepada sang Pencipta yang maha Agung

Jadi apabila sudah sedar
Jadilah hambaNya yang sentiasa ingat padaNya
Walau dalam keadaan mendapat rahmat atau ditarik nikmat
Engkau tetap sahaja istiqamah dalam mentaatiNya
Engkau tetap berterusan dalam kesabaran menghadapi cubaanNya
Beginilah sifat orang mu’min yang sebenar
Sentiasa ingat padaNya walau dalam situasi apapun
Hatinya sentiasa sedar
Inilah hati yang hidup...hati yang berada dalam bimbingan ilhamNya..
Inilah yang dikatakan rahmatNya mengatasi kemurkaanNya
Walaupun manusia sering durhaka padaMu
Namun Engkau tetap terima apabila hambu itu kembali kepadaMu
Engkau marah tetapi marahMu berbentuk tarbiyyah
Tarbiyyah agar manusia itu sedar bahawa mereka punya Tuhan yang maha berkuasa
Agar manusia tidak terus lalai
Agar manusia tidak terus dialpakan dengan nikmat yang melekakan

Akhirnya kembalilah dia kepadaMu
Dengan penuh tunduk malu
Malu kerana sering lalai
Kelalaian yang sering silih berganti
Dengan hati yang sedih dan malu
Engkau terima juga hambaMu itu...



22 Ramadhan 1430H
12 Sept 2009
Sabtu

Yang Bernama Seorang Perempuan

Dia di cipta dari tulang rusuk seorang lelaki
Dia di cipta dengan keadaan fizikal yang berbeda dengan lelaki
Fizikalnya halus bak mutiara jernih
Punya perasaan yang halus juga umpama sutera putih

Punya perasaan yang amat kuat sekali
Lebih-lebih lagi ketika menghadapi keadaan yang amat menguji hidupnya
Lebih-lebih lagi ketika menghadapi kesedihan yang amat memilukan
Payah sekali handak hilang dari memorinya
Itulah perempuan yang sering dikaitkan dengan emosi

Akal wanita itu satu
Nafsunya banyak sekali
Akal lelaki pula banyak
Nafsunya hanya satu

Begitulah beda sekali
Perempuan dan lelaki
Fitrah kejadian yang dihendakiNya
Tiada yang dapat mengubah kehendakNya

Sekali dilukai
Sampai kapan akan berbekas jua
Sekali disakiti perasaannya
Payah sekali hilang dari hatinya

Itulah fitrah yang tidak mungkin dapat diubah
Perempuan itu punya perasaan yang amat mendalam pada sesuatu
Perasaan yang sukar hendak diungkap dengan kata-kata
Kerna ia adalah suatu yang hanya dapat dirasa tidak dilihat

Upaya mendidik anak-anak itu
Ditangan seorang perempuan bernama ibu
Kerana perasaan yang amat mendalam
Itu amat sesuai dalam mendidik

Perasaan itulah yang diciptakan
Khusus untuk perempuan
Perasaan yang tiada dimiliki oleh sang lelaki
Itulah keistimewaan perempuan berbanding lelaki

Sekalipun tidak punya fizikal yang kuat
Tiada tenaga sehebat lelaki
Namun disana perempuan itu
Punya tugas mulia..itulah mendidik anak-anak ke jalanNya

Namun tanpa Iman dan amal yang ikhlas
Bagaimana mungkin tugas itu
Dapat di lakukan dengan sepantasnya
Mana mungkin si ketam dapat mengajar anaknya berjalan dengan betul

Hanya iman dan taqwa
Sebagai penawar yang amat mujarab
Tatkala berdepan dengan ujian dan cubaan hidup
Itulah kekuatan yang tidak akan bisa goyah sama sekali
Kecuali atas kehendakNya jua..


22 Ramadhan 1430H
Sabtu

Khaufku padaMu ya Rabbiiii....

Tiba-tiba sahaja hatiku rasa sebak
Rasa sedih yang tidak terperi
Mencengkam ke dalam jiwa
Semahu-mahunya

Dengan itu..air mata jernih
Mengalir dengan deras
Aku tidak tahu mengapa sebaknya
Dadaku ini
Rasa sesaknya dadaku
Aku menangis semahunya
Menangis dan terus menangis
Teresak-esak...

Rasa sedih yang menggamit jiwaku
Sukar ku telah
Sebabnya...
Aku teliti juga puncanya
Rasa takutkah?
Atau rasa malu kah?
Rasa berdosakah?

Ya benar...rasa-rasa itulah yang membuatku tersiksa
Setiap kali aku menangis dengan tiba-tiba
Aku mula teringat kembali dosa-dosaku yang telah lalu
Ya Tuhan malunya aku...takutnya aku
Terimalah aku kembali
Jangan biarkan aku terus terleka dan terlena terus

Terima kasih Tuhanku
Kerana masih mengurniakan padaku rasa-rasa ini
Alangkah celakanya aku
Andai aku tidak merasai rasa-rasa ini
Dengan rasa-rasa ini aku rasa insaf
Aku rasa kerdil...rasa tersiksa sama sekali
Bahkan rasa-rasa inilah yang menyelamatkan aku dari terus hanyut dengan dosa-dosa

Rasa tersiksa dengan dosa lebih baik
Daripada tidak merasa apa-apa dengan dosa
Walaupun tersiksa ..tetapi rasa bahagia
Bahagia kerana Engkau masih memberiku kesempatan
Untuk bersimpuh mengadapMu
Tuhan yang maha Agung
Tunduk dan tawadhu’ mengadapMu
Dengan penuh rasa keinsafan
Diri diselubungi dengan rasa hina
Rasa hina yang hadir dari rasa kehambaan yang dihayati sesungguhnya
Rasa-rasa inilah yang perlu dikekalkan dalam jiwa kita
Mohonlah padaNya agar dikekalkan rasa-rasa itu
Walaupun rasa tersiksa namun ia lebih baik daripada tidak merasa apa-apa
Sedih tidak gembira pun tidak..
Hati langsung tidak sensetif
Tiada rasa apa-apa
Kerana kita bimbang jangan-jangan hati itu telah mati
Iaitu mati sebelum mati....


22 Ramadhan 1430H
Sabtu

Rabiah al-Adawiyah yang suci itu...

Kau wanita sufi yang mulia
Hidup hanya bertemankan Ilahi
Siang dan malam hidupmu hanya untukNya
Beribadah dan terus bermujahadah

Pengaduanmu pada Tuhan
Menjadi penawar bagiku
Menjadi puisi cintaku untukNya

Berapa ramai lelaki yang datang kepadamu
Namun hasrat mulia mereka itu
Kau menolaknya mentah-mentah
Kau tidak melihat keseronokan berumahtangga
Itu sebagai suatu nikmat
Bahkan pengahalang terbesar dalam mujahadahmu

Kau tidak lagi memandang nikmat bertemankan seorang lelaki
Itu sebagai kenikmatan yang di dambakan semua wanita
Bahkan nikmat duniawi itu engkau telah meletaknya di bawah telapak
Kakimu yang paling bawah sekali

Suatu yang di damba-dambakan seorang anak gadis
Tiada saat yang paling indah pabila datang seorang
Menyunting buah yang telah masak ranum
Itulah impian semua gadis normal yang sentiasa mendambakan
Seorang pendamping bernama suami

Namun bagimu itu tidak lebih sebagai dedaunan kering
Yang berterbangan pabila sudah sampai masanya
Berguguran jua ke atas tanah itu...
Tidak ada makna apa-apa lagi

Kerna engkau telahpun berkahwin dengan rasa mujahadahmu yang menyeronokkan itu
Kerna engkau telahpun bersanding dengan ilham Tuhanmu yang suci itu
Betapa nikmatnya rasa itu
Lebih seronok rasanya berbanding bersuamikan seorang lelaki yang beriman
Kerana telah terhimpun di dalam dadamu rasa cinta dan mahabbah yang begitu memuncak padaNya

Bagaimana mungkin engkau akan meninggalkan
Nikmat yang paling agung itu
Demi sebuah nikmat yang hanya bersifat sementara
Demi sebuah keseronokan yang bersifat duniawi

Malaikat yang sentiasa menziarahimu
Mencampakkan haruman kasturi
Disaat munajatmu padaNya
Itu lah saat yang paling berbahagia dalam hidupmu

Bukankah saat bahagia bagi sang perempuan itu
Saat bersama suami serta anak-anak?
Bergurau senda
Gelak dan ketawa riang
Membesarkan anak-anak dengan kasih sayang

Dan engkau pula.. keseronokan paling memuncak
Adalah bersama Tuhanmu
Munajat..menangis...solat..sujudmu
Puasa..mujahadahmu siang dan malam
Tanpa mengira penat dan jemu
Itulah yang paling membahagiakanmu
Di dunia ini...

Bahkan telah dibukakan hijabmu
Telah terpancar nur di wajahmu
Hasil limpahan cahaya suci Rabbul jalil
Hasil ikhlasnya mujahadahmu pada Ilahi

Sukarnya menemui wanita sebegini di zaman ini
Hampir-hampir tiada
Wanita yang hanya mendapatkan nikmat dan rasa lazat dalam
Sebuah kehidupan dengan hanya mujahadahnya pada Tuhannya
Dan kezuhudannya terhadap dunia..

Wanita yang gadisnya tidak pernah di miliki
Oleh mana-mana lelaki di dunia ini...
Kaulah perempuan mulia
Kau serikandi sufi terbilang hingga akhir zaman
Tiada kan boleh menggantikan kewarakan serta kezuhudanmu
Kerna hidup matimu hanya untukNya..



20 Ramadhan 1430H
10 Sept 2009
Khamis

Assalamualaikum buat anda semua...

Sudah beberapa hari aku tidak menulis...terasa rindu nak menulis lagi...kecintaanku pada dunia penulisan amat mendalam sekali..disini tempatku meluahkan rasa hati...melalui mata pena juga bisa menjadi sebahagian jihad kita pada agama...sekalipun jihad melalui medan perang itu memang sudah semestinya, justeru aku menggunakan ruang yang ada ini sebagaimana ulama’-ulama’ terdahulu yang menggunakan jihad melalui mata pena sebagai medan perjuangan mereka....lihat sahajalah peninggalan kitab-kitab mereka yang amat mulia itu sehingga kini menjadi rujukan dan teladan bagi kita generasi yang ada sekarang...

Saat aku menaip ini....aku pasangkan lagu nasyid bertajuk ”kematian” mengingatkan aku kepada kematian yang pasti...

”Justeru Allah tidak janjikan kematian kita diwaktu tua..

”Allah juga tidak janjikan kematian kita disebabkan sakit...tidak sakit pun boleh mati juga”

”Ingatlah Allah setiap waktu kerana kematian kita tidak tahu..”

”Mengapa aku belum menambah amalan..sedangkan umur semakin berkurangan...

”Oleh itu bersiap sedialah mengusahakan iman dan taqwa..sebagai bekalan menuju akhirat yang kekal abadi

”Hidup itu hanya sekali kita akan kembali.

”Tersilap di dunia padahnya akan diterima disana...disana....”

Begitulah antara bait-bait mulia nasyid ini...amat mendalam maksud yang ingin disampaikan oleh penasyid ini..menjadi penghibur yang sentiasa berpesan dan mengingatkan para pendengar atas urusan agama...beginilah sepatutnya...ruang yang ada digunakan sebaiknya

Kelebihan yang ada disalurkan untuk jalan kebaikan..ada orang punya suara, menyumbangkan suara untuk bernasyid...berceramah...dan sebagainya

Ada orang diberi kepandaian dalam melakar lukisan-lukisan seni...melakar tulisan-tulisan khat yang mengingatkan jua pada pencipta serta pemilik kehidupan abadi...melalui seni tulisan ayat-ayat al-Quran....

Begitu jualah seseorang yang diberi ilham olehNya untuk menulis...menulis suatu yang ada manfaatnya pada agama yang suci ini..oleh itu ingatlah semua bahawa kita semua pasti akan kembali padaNya jua

Walau apapun jua watak kita di dunia ini...sebagai pengarang kah..sebagai penulis kah...sebagai petani kah..sebagai tukang kayu kah..si penjual kueh kah atau apa jua pekerjaanmu...kita semua adalah hambaNya jua..walau apapun gelaran orang pada kita di dunia ini..itu semua hanya sementara sahaja..

Dengan rahmatMu ya Tuhan jangan kau kecewa aku ya Tuhan...dengarkan permintaanku...kabulkanlah doaku...

Kembalikan kami semua ke syurga...pertemukan kami dengan orang-orang yang kami kasihi di dunia dan pertemukan kami dengan hamba-hambaMu yang ikhlas mentaatiMu...

Kali ini aku akhiri sebuah tulisanku yang tidak berjudul sepertimana biasa..
Biarlah judul itu bukan perkara besar bagiku...tidak berjudul pun tidak apa-apa...

Salam perjuangan dalam menempuh ujian dan cubaan hidup..salam kesabaran dalam melakukan ketaatan padaNya..

Catatan 20 Ramadhan 1430H
10 Sept 2009
Khamis

Monday, September 7, 2009

Barokah ilmu ...

Tanda barokahnya ilmu itu
Mudah diterima suatu ajaran guru
Mudah mengingatinya
Mudah pula beramal dengannya

Punca barokahnya ilmu itu
Ikhlasnya sang guru menyampaikan
Ikhlas pula sang murid menerimanya
Juga menjaga adab-adabnya

Guru itu seorang yang wajib dihormati
Sebagaimana seorang anak terhadap kedua orang tuanya
Guru itu seorang yang wajar dibalas jasanya
Sebagaimana seorang anak membalas jasa keduanya

Walau tidak terbalas jasa guru
Walau diinfaqkan seluruh umurmu untuk membalas jasanya
Sekalipun ia mustahil
Namun takkan terbalas jua

Kerna guru yang benar-benar ikhlas itu
Tidak pernah meminta untuk dibalas jasanya
Jauh sekali meminta untuk diingati
Minta untuk diberi itu dan ini..

Tanda barokahnya ilmu itu
Mudah diterima suatu ajaran guru
Mudah mengingatinya
Mudah pula beramal dengannya

Punca barokahnya ilmu itu
Ikhlasnya sang guru menyampaikan
Ikhlas pula sang murid menerimanya
Juga menjaga adab-adabnya

Namun keikhlasan mereka terpancar
Dari raut wajah mereka
Dari renungan mata mereka
Yang redup sentiasa mendoakan anak didiknya

Walau keikhlasanmu itu tidak pernah diungkap dengan kata-kata
Kesannya dirasai oleh anak didikmu
Kesannya dirasai walaupun jasad sudah berpisah
Namun tautan hati itu tetap kekal di dalam hati
Hanya doa sahaja yang bisa ku utus buatmu guru
Doa tulus dari anak didikmu
Kerna engkau bukan sekadar guru yang mengajarkan ilmu
Bahkan engkaulah guru yang telah mendidikku
Sehingga menjadi manusia berguna

Itulah tanda barokahnya ilmu
Sentiasa diingat dikenang
Sampai kapan pun...

16 Ramadhan 1430H
6 Sept 2009
Ahad