? ??????????????Playboy? ????? ?????? ???Rating: 3.9 (198 Ratings)??12 Grabs Today. 9517 Total Grabs. ????
??Get the Code?? ?? ?????Truth In The Skies? ????? ?????? ???Rating: 4.0 (1 Rating)??11 Grabs Today. 61 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tuesday, July 15, 2008

PENDIDIKAN DARI AKARNYA

Pendidikan itu selalu dikaitkan dengan istilah arabnya tarbiyyah. Ada juga kitab yang namanya Tarbiyyatul aulad atau pendidikan anak-anak, Ayyuhal Walad dan banyak lagi kitab-kitab serta istilah-istilah yang menggambarkan serta menghuraikan apakah itu pendidikan sebenarnya.

Ada yang berpandangan pendidikan itu harus bermula dari pakaian; baju yang dipilih harus menutup kesemua aurat yang dituntut oleh agama, jangan dedah sana-sini nanti masuk neraka. Ada pula mendefinasikan pendidikan itu seharusnya bermula dengan tingkah-laku yang baik, berbudi bahasa, sopan- santun dan apa saja yang menggambarkan akhlak yang elok pada kacamata agama maupun budaya. Ada jua mengatakan pendidikan itu harus keras, mesti tegas dan cepat dalam melakukan perubahan. Hatta andai berdepan dengan wanita yang tidak bertudung maupun yang bermini skirt harus disuruh segera menutupi auratnya agar tidak terus-terusan melakukan dosa.

Namun tanpa kita sedari semua tindakan yang dinyatakan diatas tidak benar- benar terkesan dalam memungkinkan perubahan yang dilakukan itu terus konsisten, bahkan seringkali yang kita ketemui perubahan yang hanya berlaku hanya seketika sahaja, bahkan ada juga yang bermusim dan yang paling menyedihkan menjadi bahan fitnah ke atas agama.

Yang sering dan hampir-hampir dilupai oleh kebanyakan manusia zaman ini adalah sunnah Nabi dan sunnah para solihin, auliya’ serta ulama yang meninggalkan banyak contoh teladan yang bermanfaat serta berharga sekali.

Bagaimana yang dilakukan oleh Pengersa Abah Anom (panggilan mesra seorang guru mursyid yang masih ada sehingga kini) tetap melayan serta meraikan sesiapa pun jua yang hadir dalam majlis- majlis zikrullah samada khataman mingguan, manaqib bulanan mahupun apa jua majlis yang melibatkan anggota ikhwan. Beliau tidak pernah memandang sinis jauh sekali memaki hamun bahkan disambut mesra kedatangan mereka kerna mengetahui hakikat jauhnya manusia itu dari Allah kerna kejahilan manusia itu sendiri dan termakan dengan bujukan nafsu yang senantiasa mengajak manusia kearah keburukan dan kekacauan.

Pernah yang datang dalam majlis zikirnya seorang pelacur yang sudah pasti pakaiannya tidak menutup aurat, berkain singkat dan menjolok mata, tetapi tidak terus disuruh memakai yang menutup aurat, kerna memahami yang perlu dicuci terlebih dahulu adalah jiwa yang kotor, yang perlu diisi hati itu adalah zikrullah dan dilatari akal itu dengan kefahaman yang mendalam dengan kalimah “laila ha illah”. Kemudian barulah akan tercerna semua itu pada tingkah-laku dan tindakan.

Sunnah ini jelas sudah ditunjukkan oleh Rasulullah saw sendiri ketika melakukan dakwah. Yang dimulai terlebih dahulu adalah proses pembersihan hati dari kefahaman karut- marut nenek moyang jahiliyyah terlebih dahulu kemudian barulah diajar syariat ketika setelah berlaku penghijrahan ke kota Madinah al-Munawwarah.

Perubahan yang dilakukan dengan kefahaman yang mendalam, dilakukan dengan didikan yang penuh kasih sayang serta disulami dengan rasa mahabbah kepada Al-Khaliq pasti membuahkan hasil yang baik.

Jelas disini pendidikan itu harus bemula dari akarnya iaitu bertunjangkan akidah yang benar iaitu Islam agama suci, berteraskan ilmunya iaitu Tauhid serta diserikan dengan aklahqul karimah puncanya Ihsan.

KETIKA ZUHUD BERPUSARA ZIKRULLAH

Bukan hal asing bagi ummat Islam kini dengan istilah Zuhud. Istilah Zuhud selalu diidentitikan dengan dunia sufi dan kemiskinan. Untuk menambah cakrawala pemikiran, ada baiknya kita melihat bagaimana ulama’ menyingkapi istilah Zuhud ini.

Zuhud adalah kalimat dalam bahasa Arab yang diambil dari kata Zahuda, Yazhudu, Zuhdan (sulasi mujarrad). Zuhdan atau Zuhud sighatnya masdar taukid menunjukkan kepada sikap atau keadaan seseorang. Zuhud bererti sikap atau keadaan seseorang yang tidak mencintai dunia, sikap ini tidak bererti melarang manusia untuk kaya tetapi seberapapun kekayaan yang dimilikinya diperuntukkan untuk dapat mendekatkan diri kepada Allah swt. Sebagaimana Allah swt berfirman, ”Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan kebahagiaanmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.” al-Qasas:77.

Rasulullah saw seorang manusia yang jujur dan berjaya beristerikan Siti Khadijah yang dikurniai banyak harta. Ketika api perjuangan memuncak, tidak sedikit pun harta tersisa, beliau ikhlaskan demi perjuangan menegakkan kebenaran. Kezuhudan Rasulullah saw dan isterinya menjadikan kecintaannya kepada Allah swt mampu menjadikan dunia sebagai media taqarrub kepadaNya. Ketika kelaparan melanda ummat Islam sepulang perang Uhud, harapan untuk mendapatkan makanan nyaris punah. Datanglah Sayyidina Uthman bin Affan r.a. membawa seratus unta yang kemudian diberikan untuk keperluan ummat yang tengah dilanda krisis.

Sayyidina Ali bin Abi Tholib memandang Zuhud adalah perbuatan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah swt. Zuhud di dunia adalah memendekkan angan-angan, bersyukur ketika mendapat nikmat dan menjauhi segala yang haram. Sikap Zuhud sebagaimana dimaksud beliau, sejalan dengan apa yang difirmankan Allah dalam surah al-Hadid: 23, maksudnya, ”(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Zuhud bererti seimbang antara lahir dan bathin. Yahya bin Muadz r.a. menuturkan, seseorang tidak akan sampai pada hakikat Zuhud kecuali dengan tida hal. Pertama, beramal tanpa mengaharapkan ganjaran, kedua berucap tanpa dikendalikan nafsu, ketiga kemuliaan tanpa kekuasaan.

Syekh Junaidi al-Bagdadi r.a. beliau menjelaskan bahawa Zuhud adalah melepaskan tangan dari kecintaan terhadap harta benda, melepaskan hati dari kesenangan nafsu dan menjauhkan hati dari pengaruh yang negatif. Orang yang mencintai harta benda tanpa memiliki sikap Zuhud maka dapat dipastikan menjadikan dunia sebagai media kesenangan, padahal seharusnya harta dunia dijadikan alat yang menfasitasi antara dirinya dengan Tuhannya. Demikian dikatakan Syekh Abdul Qadir q.s. yang Zuhud dan senantiasa menyediakan hartanya untuk kepentingan orang banyak, beliau sangat kaya tetapi ketika orang lain membutuhkan harta bendanya, baju yang dipakainya pun diberikannya.

Imam Naqsyabandi r.a. menuturkan, “Makanlah kamu dengan yang enak-enak, berpakaianlah dengan yang bagus-bagus, tetapi ingat beribadahlah dengan enak dan bagus pula.”

Kemiskinan seseorang tidak dapat menjamin dapat dekat dengan Allah, sebaliknya orang kaya tidak dipastikan dibenci Allah. Kaya atau miskin bukan ukuran, hiasilah dengan Zuhud pasti dekat dan selamat dari azab Allah swt. Di dalam kitab Iqodul Himam, Imam Ibnu Athoillah r.a. menuturkan, Zuhud di dunia adalah zikir dalam hati dengan dawam (istiqamah) walau sedikit zikirnya dengan lisan, seseorang yang hatinya selalu ingat Allah (melakukan zikrullah) sanantiasa merasa diawasi Allah swt, kerananya (zikrullah) membuat sadar siapa yang memberi harta dan untuk apa harta harus digunakan, siapapun dan apapun jua pangkat yang disandangnya akan selamat ketika Zuhud berpusara zikrullah..

(Athoez/Rbth)

Saturday, May 31, 2008

ISU PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH HARUS DILIHAT DARI KACAMATA POSITIF

Isu pakaian pelajar perempuan seksi yang di gembar- gemburkan itu seharusnya dilihat dari perspektif yang positif. Saya perhatikan cadangan tersebut bukan semata- mata untuk kepentingan peribadi bahkan ia melibatkan maruah seluruh wanita khususnya dikalangan pelajar perempuan Islam.

Saya yakin dan percaya penulis pastinya sudah melihat dan menilai aspek pemakaian tersebut dari sudut baik buruknya sebelum berani mengeluarkan kenyataan tersebut yang menjadi kontroversi memandangkan ia agak kontra dengan kebanyakan kotak pemikiran masyarakat Malaysia kini yang menganggap ia tidak lebih hanya sekadar perkara picisan yang tidak wajar diberi perhatian.

Namun kita yang mengaku sebagai Islam yang sebenar harus barani mempertahankan pandangan tersebut disamping memberi cadangan yang membina bagi mengukuhkan lagi kenyataan tersebut. Saya perhatikan respon pembaca kebanyakannya datang dari orang yang diluar linkungan agama Islam. Ia tidak wajar berlaku kerana ini hanya melibatkan isu umat Islam.

Namun apa yang lebih mendukacitakan ada juga segelintir umat Islam yang turut sama membantah cadangan tersebut. Kita harus melihat dari sudut yang positif dan mengkaji sejauhmana baju sekolah tersebut mengundang serta menjadi salah satu faktor penggalak keruntuhan akhlak remaja.

cadangan saya:

1- menilai kembali kualiti kain yang digunakan dengan menyelaraskan semua jenis kain warna putih bagi semua sekolah di Malaysia. atau;

2- menetapkan syarat pemakaian tudung minimanya menutup dada. atau;

3- pihak PKPIM harus mencadangkan model pakaian sekolah yang sesuai andai dua cadangan diatas sukar dilaksanakan.

Kesemua cadangan diatas sejajar dengan apa yang dituntut oleh agama dari segi syarat pakaian seharusnya tebal sekurang-kurangnya tidak menampakkan susuk tubuh dan longgar serta warna yang tidak menarik perhatian lelaki. Pelaksanaanya harus dilaksanakan secara berperingkat- peringkat kerana sudah pastinya ia melibatkan perbelanjaan yang besar serta sesuai dengan tuntunan agama yang menghendaki agar sesuatu perkara itu tidak dilakukan dengan tergesa- gesa.
Namun hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Kita mampu melaksanakannya andaikata kita benar- benar memahami seluruh tuntutan agama terutamanya dari aspek penjagaan aurat wanita.

Akhir kata, jangan mudah menyalahkan orang lain, lihat kembali kearah keaifan diri serta sama- sama kita memperbaiki segala kekurangan, kerana nasihat menasihati dalam perkara kebaikan itu amat dituntut oleh agama.

1 JUN 2008

Friday, May 23, 2008

SENARAI VCD TASAUF UNTUK TEMPAHAN

http://www.bicarasufi.com/bscweb/senarai_vcd.htm

DOWNLOAD AUDIO PENGISIAN TASAUF

Suluk membina akhlak zahir batin-1 -oleh Faqir Amal
Suluk membina akhlak zahir batin-2
Suluk membina akhlak zahir batin-3
Suluk membina akhlak zahir batin-4
Taharah bagi si salik-1 -oleh Faqir Amal
Taharah bagi si salik-2
Taharah bagi si salik-3
Ilmu Usuludin penyuluh muraqabah-1- oleh Faqir Amal
Ilmu Usuludin penyuluh muraqabah-2
Ilmu Usuludin penyuluh muraqabah-3

UNTAIAN MUTIARA TQN

- Jangan membenci Ulama sezaman
- Jangan menyalahkan pengajaran orang lain
- Jangan memeriksa murid orang lain
- Jangan berhenti bekerja meskipun disakiti orang
- Harus menyayangi orang yang membenci kepadamu.

Tuesday, May 6, 2008

SOKONGAN TERHADAP PINDAAN AUKU

Sebagai maklum balas terhadap surat yang di email oleh Exco Pendidikan dan Penyelidikan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Faisal b. Abdul Aziz dalam akhbar berita harian, saya yang merupakan wakil dari Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM), turut ingin menyatakan pandangan dan pendirian yang sama seperti PKPIM. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga serta ucapan tahniah kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Muhamed Khaled b. Nordin, mengenai hasrat kerajaan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Saya yang juga penuntut di Universiti Malaya memandang pindaan ini merupakan suatu hadiah yang tidak ternilai harganya kepada semua mahasiswa. Mahasisiwa yang merupakan aset berharga Negara seharusnya menggunakan peluang ini untuk menggarap idealisme dan menjadikannya sebagai suatu medan untuk mengasah bakat kepemimpinan yang ada serta memanfaatkannya sebaik mungkin bagi menjana mahasiswa yang berguna kepada agama, masyarakat dan Negara.

Seharusnya mahasiswa tidak hanya berada dalam lingkungan bilik kuliah, kolej mahupun katil atau dengan kata lainnya sindrom 3K. Fenomena mahasiswa yang tidak pandai berhadapan dengan dunia luar, tiada softskill, kurang keyakinan diri terutamanya ketika di temuduga untuk mendapatkan suatu pekerjaan, seharusnya dielakkan seterusnya dihapuskan samasekali. Dengan pindaan akta AUKU ini mudah-mudahan menjadi titik tolak kepada perubahan dalam diri mahasiswa agar menjadi penyumbang terbaik kepada masyarakat seterusnya mampu memimpin Negara pada masa akan datang.

Akta AUKU yang termaktub dalam seksyen 15(1),(2),(3),(4) yang melarang mahasiswa menganggotai pertubuhan di luar kampus, wajar diperhalusi. Terdapat banyak Pertubuhan luar yang sah seperti pertubuhan belia, persatuan koperasi dan beberapa persatuan professional dan sebagainya yang sememangnya amat memerlukan sumbangan mahasiswa terutamanya dari segi idealisme, intelektualisme, aktivisme dan sebagainya. Adalah amat rugi sekiranya keintelektualisme mahasiswa disekat sehingga lahirnya mahasiswa lesu yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada masyarakat.

Universiti tidak hanya menjadi tempat untuk mengejar pointer tertinggi semata-mata bahkan seharusnya ia juga turut menjadi medan untuk mahasiswa mengasah bakat kepimpinan dengan menyertai mana-mana persatuan mahupun kelab, serta tidak hanya menjadi ulat buku semata-mata. Ilmu yang didapati di dewan kuliah tidak cukup untuk membekalkan segala ilmu yang diperlukan mahasiswa untuk berdepan dengan dunia sebenar apabila berada di alam pekerjaan kelak. Akan tetapi mahasiswa seharusnya bijak mencari ruang dan peluang lain bagi menambahbaik ilmu yang ada atau dengan kata lainnya mengadunkan antara ilmu akademik yang bersifat formal dengan ilmu lain yang bersifat tidak formal agar gabungan itu nanti berjaya membentuk mentaliti mahasiswa yang berdaya kreatif dan kritis serta berfikir diluar kotak.

Mahasiswa beginilah yang seharusnya dilahirkan oleh universiti dan inilah yang menjadi tanda aras yang membezakan antara mahasiswa dengan masyarakat diluar. Oleh itu, saya menyeru kepada semua mahasiswa agar menyahut dan menyokong tindakan kerajaan untuk meminda akta AUKU ini. Gambaran mahasiswa yang salah sebelum ini seperti mahasiswa lesu, lemah dan sebagainya harus diperbetulkan dan digantikan dengan mahasiswa yang berketerampilan, berdaya saing dan memiliki watak kepemimpinan yang ideal bagi merealisasikan hasrat dan perjuangan yang sebenar.