Imam asy-Syaikh Ibnu Qudamah (Minhaj al-Qasidin) membahagikan jenis orang bekerja ataupun berusaha kepada tiga martabat (peringkat / jenis ) beserta ciri-ciri penyakit atau ciri sihat yang ada pada tiap satunya.
Thursday, August 21, 2008
MENCARI REDHA ALLAH DALAM KARIER (PEKERJAAN)
Imam asy-Syaikh Ibnu Qudamah (Minhaj al-Qasidin) membahagikan jenis orang bekerja ataupun berusaha kepada tiga martabat (peringkat / jenis ) beserta ciri-ciri penyakit atau ciri sihat yang ada pada tiap satunya.
Posted by NURHAFIZA SHAHRUDIN at 8:06 PM 1 comments
Tuesday, July 15, 2008
Pendidikan itu selalu dikaitkan dengan istilah arabnya tarbiyyah. Ada juga kitab yang namanya Tarbiyyatul aulad atau pendidikan anak-anak, Ayyuhal Walad dan banyak lagi kitab-kitab serta istilah-istilah yang menggambarkan serta menghuraikan apakah itu pendidikan sebenarnya.
Ada yang berpandangan pendidikan itu harus bermula dari pakaian; baju yang dipilih harus menutup kesemua aurat yang dituntut oleh agama, jangan dedah sana-sini nanti masuk neraka. Ada pula mendefinasikan pendidikan itu seharusnya bermula dengan tingkah-laku yang baik, berbudi bahasa, sopan- santun dan apa saja yang menggambarkan akhlak yang elok pada kacamata agama maupun budaya. Ada jua mengatakan pendidikan itu harus keras, mesti tegas dan cepat dalam melakukan perubahan. Hatta andai berdepan dengan wanita yang tidak bertudung maupun yang bermini skirt harus disuruh segera menutupi auratnya agar tidak terus-terusan melakukan dosa.
Namun tanpa kita sedari semua tindakan yang dinyatakan diatas tidak benar- benar terkesan dalam memungkinkan perubahan yang dilakukan itu terus konsisten, bahkan seringkali yang kita ketemui perubahan yang hanya berlaku hanya seketika sahaja, bahkan ada juga yang bermusim dan yang paling menyedihkan menjadi bahan fitnah ke atas agama.
Yang sering dan hampir-hampir dilupai oleh kebanyakan manusia zaman ini adalah sunnah Nabi dan sunnah para solihin, auliya’ serta ulama yang meninggalkan banyak contoh teladan yang bermanfaat serta berharga sekali.
Bagaimana yang dilakukan oleh Pengersa Abah Anom (panggilan mesra seorang guru mursyid yang masih ada sehingga kini) tetap melayan serta meraikan sesiapa pun jua yang hadir dalam majlis- majlis zikrullah samada khataman mingguan, manaqib bulanan mahupun apa jua majlis yang melibatkan anggota ikhwan. Beliau tidak pernah memandang sinis jauh sekali memaki hamun bahkan disambut mesra kedatangan mereka kerna mengetahui hakikat jauhnya manusia itu dari Allah kerna kejahilan manusia itu sendiri dan termakan dengan bujukan nafsu yang senantiasa mengajak manusia kearah keburukan dan kekacauan.
Pernah yang datang dalam majlis zikirnya seorang pelacur yang sudah pasti pakaiannya tidak menutup aurat, berkain singkat dan menjolok mata, tetapi tidak terus disuruh memakai yang menutup aurat, kerna memahami yang perlu dicuci terlebih dahulu adalah jiwa yang kotor, yang perlu diisi hati itu adalah zikrullah dan dilatari akal itu dengan kefahaman yang mendalam dengan kalimah “laila ha illah”. Kemudian barulah akan tercerna semua itu pada tingkah-laku dan tindakan.
Sunnah ini jelas sudah ditunjukkan oleh Rasulullah saw sendiri ketika melakukan dakwah. Yang dimulai terlebih dahulu adalah proses pembersihan hati dari kefahaman karut- marut nenek moyang jahiliyyah terlebih dahulu kemudian barulah diajar syariat ketika setelah berlaku penghijrahan ke kota Madinah al-Munawwarah.
Perubahan yang dilakukan dengan kefahaman yang mendalam, dilakukan dengan didikan yang penuh kasih sayang serta disulami dengan rasa mahabbah kepada Al-Khaliq pasti membuahkan hasil yang baik.
Jelas disini pendidikan itu harus bemula dari akarnya iaitu bertunjangkan akidah yang benar iaitu Islam agama suci, berteraskan ilmunya iaitu Tauhid serta diserikan dengan aklahqul karimah puncanya Ihsan.
Posted by NURHAFIZA SHAHRUDIN at 9:31 PM 1 comments
KETIKA ZUHUD BERPUSARA ZIKRULLAH
Zuhud adalah kalimat dalam bahasa Arab yang diambil dari kata Zahuda, Yazhudu, Zuhdan (sulasi mujarrad). Zuhdan atau Zuhud sighatnya masdar taukid menunjukkan kepada sikap atau keadaan seseorang. Zuhud bererti sikap atau keadaan seseorang yang tidak mencintai dunia, sikap ini tidak bererti melarang manusia untuk kaya tetapi seberapapun kekayaan yang dimilikinya diperuntukkan untuk dapat mendekatkan diri kepada Allah swt. Sebagaimana Allah swt berfirman, ”Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan kebahagiaanmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.” al-Qasas:77.
Rasulullah saw seorang manusia yang jujur dan berjaya beristerikan Siti Khadijah yang dikurniai banyak harta. Ketika api perjuangan memuncak, tidak sedikit pun harta tersisa, beliau ikhlaskan demi perjuangan menegakkan kebenaran. Kezuhudan Rasulullah saw dan isterinya menjadikan kecintaannya kepada Allah swt mampu menjadikan dunia sebagai media taqarrub kepadaNya. Ketika kelaparan melanda ummat Islam sepulang perang Uhud, harapan untuk mendapatkan makanan nyaris punah. Datanglah Sayyidina Uthman bin Affan r.a. membawa seratus unta yang kemudian diberikan untuk keperluan ummat yang tengah dilanda krisis.
Sayyidina Ali bin Abi Tholib memandang Zuhud adalah perbuatan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah swt. Zuhud di dunia adalah memendekkan angan-angan, bersyukur ketika mendapat nikmat dan menjauhi segala yang haram. Sikap Zuhud sebagaimana dimaksud beliau, sejalan dengan apa yang difirmankan Allah dalam surah al-Hadid: 23, maksudnya, ”(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.”
Zuhud bererti seimbang antara lahir dan bathin. Yahya bin Muadz r.a. menuturkan, seseorang tidak akan sampai pada hakikat Zuhud kecuali dengan tida hal. Pertama, beramal tanpa mengaharapkan ganjaran, kedua berucap tanpa dikendalikan nafsu, ketiga kemuliaan tanpa kekuasaan.
Syekh Junaidi al-Bagdadi r.a. beliau menjelaskan bahawa Zuhud adalah melepaskan tangan dari kecintaan terhadap harta benda, melepaskan hati dari kesenangan nafsu dan menjauhkan hati dari pengaruh yang negatif. Orang yang mencintai harta benda tanpa memiliki sikap Zuhud maka dapat dipastikan menjadikan dunia sebagai media kesenangan, padahal seharusnya harta dunia dijadikan alat yang menfasitasi antara dirinya dengan Tuhannya. Demikian dikatakan Syekh Abdul Qadir q.s. yang Zuhud dan senantiasa menyediakan hartanya untuk kepentingan orang banyak, beliau sangat kaya tetapi ketika orang lain membutuhkan harta bendanya, baju yang dipakainya pun diberikannya.
Imam Naqsyabandi r.a. menuturkan, “Makanlah kamu dengan yang enak-enak, berpakaianlah dengan yang bagus-bagus, tetapi ingat beribadahlah dengan enak dan bagus pula.”
Kemiskinan seseorang tidak dapat menjamin dapat dekat dengan Allah, sebaliknya orang kaya tidak dipastikan dibenci Allah. Kaya atau miskin bukan ukuran, hiasilah dengan Zuhud pasti dekat dan selamat dari azab Allah swt. Di dalam kitab Iqodul Himam, Imam Ibnu Athoillah r.a. menuturkan, Zuhud di dunia adalah zikir dalam hati dengan dawam (istiqamah) walau sedikit zikirnya dengan lisan, seseorang yang hatinya selalu ingat Allah (melakukan zikrullah) sanantiasa merasa diawasi Allah swt, kerananya (zikrullah) membuat sadar siapa yang memberi harta dan untuk apa harta harus digunakan, siapapun dan apapun jua pangkat yang disandangnya akan selamat ketika Zuhud berpusara zikrullah..
(Athoez/Rbth)
Posted by NURHAFIZA SHAHRUDIN at 1:12 AM 2 comments
Saturday, May 31, 2008
ISU PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH HARUS DILIHAT DARI KACAMATA POSITIF
Saya yakin dan percaya penulis pastinya sudah melihat dan menilai aspek pemakaian tersebut dari sudut baik buruknya sebelum berani mengeluarkan kenyataan tersebut yang menjadi kontroversi memandangkan ia agak kontra dengan kebanyakan kotak pemikiran masyarakat Malaysia kini yang menganggap ia tidak lebih hanya sekadar perkara picisan yang tidak wajar diberi perhatian.
Namun kita yang mengaku sebagai Islam yang sebenar harus barani mempertahankan pandangan tersebut disamping memberi cadangan yang membina bagi mengukuhkan lagi kenyataan tersebut. Saya perhatikan respon pembaca kebanyakannya datang dari orang yang diluar linkungan agama Islam. Ia tidak wajar berlaku kerana ini hanya melibatkan isu umat Islam.
Namun apa yang lebih mendukacitakan ada juga segelintir umat Islam yang turut sama membantah cadangan tersebut. Kita harus melihat dari sudut yang positif dan mengkaji sejauhmana baju sekolah tersebut mengundang serta menjadi salah satu faktor penggalak keruntuhan akhlak remaja.
cadangan saya:
1- menilai kembali kualiti kain yang digunakan dengan menyelaraskan semua jenis kain warna putih bagi semua sekolah di Malaysia. atau;
2- menetapkan syarat pemakaian tudung minimanya menutup dada. atau;
3- pihak PKPIM harus mencadangkan model pakaian sekolah yang sesuai andai dua cadangan diatas sukar dilaksanakan.
Kesemua cadangan diatas sejajar dengan apa yang dituntut oleh agama dari segi syarat pakaian seharusnya tebal sekurang-kurangnya tidak menampakkan susuk tubuh dan longgar serta warna yang tidak menarik perhatian lelaki. Pelaksanaanya harus dilaksanakan secara berperingkat- peringkat kerana sudah pastinya ia melibatkan perbelanjaan yang besar serta sesuai dengan tuntunan agama yang menghendaki agar sesuatu perkara itu tidak dilakukan dengan tergesa- gesa.
Akhir kata, jangan mudah menyalahkan orang lain, lihat kembali kearah keaifan diri serta sama- sama kita memperbaiki segala kekurangan, kerana nasihat menasihati dalam perkara kebaikan itu amat dituntut oleh agama.
1 JUN 2008
Posted by NURHAFIZA SHAHRUDIN at 8:04 PM 0 comments
Friday, May 23, 2008
DOWNLOAD AUDIO PENGISIAN TASAUF
Suluk membina akhlak zahir batin-1 -oleh Faqir Amal
Suluk membina akhlak zahir batin-2
Suluk membina akhlak zahir batin-3
Suluk membina akhlak zahir batin-4
Taharah bagi si salik-1 -oleh Faqir Amal
Taharah bagi si salik-2
Taharah bagi si salik-3
Ilmu Usuludin penyuluh muraqabah-1- oleh Faqir Amal
Ilmu Usuludin penyuluh muraqabah-2
Ilmu Usuludin penyuluh muraqabah-3
Posted by NURHAFIZA SHAHRUDIN at 9:34 PM 0 comments
UNTAIAN MUTIARA TQN
- Jangan membenci Ulama sezaman
- Jangan menyalahkan pengajaran orang lain
- Jangan memeriksa murid orang lain
- Jangan berhenti bekerja meskipun disakiti orang
- Harus menyayangi orang yang membenci kepadamu.
Posted by NURHAFIZA SHAHRUDIN at 9:31 PM 1 comments