? ??????????????Playboy? ????? ?????? ???Rating: 3.9 (198 Ratings)??12 Grabs Today. 9517 Total Grabs. ????
??Get the Code?? ?? ?????Truth In The Skies? ????? ?????? ???Rating: 4.0 (1 Rating)??11 Grabs Today. 61 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Thursday, August 21, 2008

MENCARI REDHA ALLAH DALAM KARIER (PEKERJAAN)

Semua muslimin wajib mempercayai selepas mati dia akan dihidup kembali – sejahtera atau bencana terpulang kepada dunia yang sebentar lalu। Sebahagian besar tempoh masa di dunia itu 4/5 adalah berusaha samada makan gaji atau usaha sendiri। Persoalan – jika demikian habis masa yang sebahagian besarnya menanggung hidup , adakah redha Allah dapat kita perolehi? Rasulullah saw mengajarkan , jadikanlah pekerjaan (karier) sebagai satu ibadah dengan merasakan ianya satu amanah yang akan dipersoal oleh Allah di hari pengadilan। Amanah yang apabila Allah terima , di suatu harinya menjadi pertolongan Allah dalam kehidupan dunia. Bila tiba di alam Baqa’ amanah itu menjadi pakaian ketika makhluq berbogelan , menjadi teduhan dingin di saat makhluq terbakar hangus , menjadi kenderaan pantas sampai di hadapan hadhirat Ilahi Rabbil ‘Izzati. Matlamat – niat – qasad adalah dengan usaha atau pekerjaan itu menjadi jambatan penyambung kepada akhirat kelak. Imam asy-Syaikh Ibnu Qudamah (Minhaj al-Qasidin) membahagikan jenis orang bekerja ataupun berusaha kepada tiga martabat (peringkat / jenis ) beserta ciri-ciri penyakit atau ciri sihat yang ada pada tiap satunya. Martabat al-Ghoflah – Bekerja atau berusaha dalam keadaan lalai tanpa matlamat hidup yang nanti akan menyusahkannya menjadi hamba Allah. Sebaliknya tanpa disedari dia seumpama binatang ternak (al-An’am) yang cukup kenyang dan tidak dahaga , diperah titik peluh dengan ganjaran yang menjauhkannya dari Allah. Arah usahanya ditentukan makhluq hingga menghasil suatu peribadi yang terumbang ambing dalam haqiqat hidup Sahabatnya hanya insan-insan yang gagal dan kecewa dalam perjalanan hidup , mereka di bawah tempurung kejahilan , keliru , mudah putus asa merajuk , diperkotak katik orang. Membiarkan dirinya ditentukan takdir semata-mata hingga wujud syirik dalam dirinya dengan menyalahkan Allah. Martabat al-Syahwat – Tanpa sedar atau mengetahui golongan yang bekerja atau berusaha pada peringkat ini - dalam waktu yang sama membelakangi perintah dan larangan Allah, golongan ini bukan lagi hamba Allah dia menjadi hamba kepada hawa nafsu yang menguasai kehendak dunia dan nafsu hingga tiada sesuatu dirasakannya boleh menghalang tiap kemahuan syahwatnya. Ketika itu wang ringgit menjadi Tuhan yang dipuja puji , serakah duniawi menjadi pendaming dan arah panduan usahanya setiap masa. Agama dirasa pengikat kemahuannya perlu diguna ketika perlu sahaja. Dia menjadi hamba zuriat-isteri/suami yang tidak dididik atas landasan Allah.Akhlaq ketika itu penuh mazmumah (keji lagi hina) bercampuran sifat zalim menindas , menipu , berpura-pura , takabbur kata-kata dan perbuatannya , selalu khurafat dan tidak malu berbuat syirik kepada Allah. Dilanggar segala larangan Nya , haram menjadi halal dan sebaliknya juga panjang angan-angan kononnya esok hari dia akan sihat , dia masih hebat , dia masih kebal dan sebagainya. Ibu ayah dan guru tendang tepi, sampai kemuncaknya golongan ini mula bersifat keakuan (merasa semua miliknya dalam perintahnya) seolah-olah dialah Tuhan.Rakannya yang sebagai penasihat terdiri mereka yang sealiran (sahabat subahat) yang gemar berlebihan makan minum , leka mainan dunia , bergaul tanpa batasan dan benci unsur nasihat menasihati , benci insan jujur yang ingin menyelamatkannya. Martabat al-Wara’ – pada tahap ini manusia telah keluar dari tempurung atau kepompong jahil dan derhaka. Dia naik kepada suatu usaha atau pekerjaan yang murni untuk diri dan organisasinya. Allah memandang usahanya sebagai suatu pandangan rahmat dan kasih sayang kerana ketika itu dunia yang mengikutinya. Wang ringgit , pangkat dan kebendaan bukan tujuan utama tetapi berganti berharap mendapatkan jiwa yang tenang dan rezeki yang cukup, anak-anak yang mendamaikan dalam lingkungan sempadan Tuhan. Sahabatnya adalah orang mukmin bertaqwa dan rumahnya adalah masjid tiada syubhat dalam pendapatan dan amanah – masukilah keredhaan Allah dalam tenang lagi bahagia.
Sedutan:
Imam asy-Syaikh Ibnu Qudamah (Minhaj al-Qasidin) membahagikan jenis orang bekerja ataupun berusaha kepada tiga martabat (peringkat / jenis ) beserta ciri-ciri penyakit atau ciri sihat yang ada pada tiap satunya
.

Tuesday, July 15, 2008

PENDIDIKAN DARI AKARNYA

Pendidikan itu selalu dikaitkan dengan istilah arabnya tarbiyyah. Ada juga kitab yang namanya Tarbiyyatul aulad atau pendidikan anak-anak, Ayyuhal Walad dan banyak lagi kitab-kitab serta istilah-istilah yang menggambarkan serta menghuraikan apakah itu pendidikan sebenarnya.

Ada yang berpandangan pendidikan itu harus bermula dari pakaian; baju yang dipilih harus menutup kesemua aurat yang dituntut oleh agama, jangan dedah sana-sini nanti masuk neraka. Ada pula mendefinasikan pendidikan itu seharusnya bermula dengan tingkah-laku yang baik, berbudi bahasa, sopan- santun dan apa saja yang menggambarkan akhlak yang elok pada kacamata agama maupun budaya. Ada jua mengatakan pendidikan itu harus keras, mesti tegas dan cepat dalam melakukan perubahan. Hatta andai berdepan dengan wanita yang tidak bertudung maupun yang bermini skirt harus disuruh segera menutupi auratnya agar tidak terus-terusan melakukan dosa.

Namun tanpa kita sedari semua tindakan yang dinyatakan diatas tidak benar- benar terkesan dalam memungkinkan perubahan yang dilakukan itu terus konsisten, bahkan seringkali yang kita ketemui perubahan yang hanya berlaku hanya seketika sahaja, bahkan ada juga yang bermusim dan yang paling menyedihkan menjadi bahan fitnah ke atas agama.

Yang sering dan hampir-hampir dilupai oleh kebanyakan manusia zaman ini adalah sunnah Nabi dan sunnah para solihin, auliya’ serta ulama yang meninggalkan banyak contoh teladan yang bermanfaat serta berharga sekali.

Bagaimana yang dilakukan oleh Pengersa Abah Anom (panggilan mesra seorang guru mursyid yang masih ada sehingga kini) tetap melayan serta meraikan sesiapa pun jua yang hadir dalam majlis- majlis zikrullah samada khataman mingguan, manaqib bulanan mahupun apa jua majlis yang melibatkan anggota ikhwan. Beliau tidak pernah memandang sinis jauh sekali memaki hamun bahkan disambut mesra kedatangan mereka kerna mengetahui hakikat jauhnya manusia itu dari Allah kerna kejahilan manusia itu sendiri dan termakan dengan bujukan nafsu yang senantiasa mengajak manusia kearah keburukan dan kekacauan.

Pernah yang datang dalam majlis zikirnya seorang pelacur yang sudah pasti pakaiannya tidak menutup aurat, berkain singkat dan menjolok mata, tetapi tidak terus disuruh memakai yang menutup aurat, kerna memahami yang perlu dicuci terlebih dahulu adalah jiwa yang kotor, yang perlu diisi hati itu adalah zikrullah dan dilatari akal itu dengan kefahaman yang mendalam dengan kalimah “laila ha illah”. Kemudian barulah akan tercerna semua itu pada tingkah-laku dan tindakan.

Sunnah ini jelas sudah ditunjukkan oleh Rasulullah saw sendiri ketika melakukan dakwah. Yang dimulai terlebih dahulu adalah proses pembersihan hati dari kefahaman karut- marut nenek moyang jahiliyyah terlebih dahulu kemudian barulah diajar syariat ketika setelah berlaku penghijrahan ke kota Madinah al-Munawwarah.

Perubahan yang dilakukan dengan kefahaman yang mendalam, dilakukan dengan didikan yang penuh kasih sayang serta disulami dengan rasa mahabbah kepada Al-Khaliq pasti membuahkan hasil yang baik.

Jelas disini pendidikan itu harus bemula dari akarnya iaitu bertunjangkan akidah yang benar iaitu Islam agama suci, berteraskan ilmunya iaitu Tauhid serta diserikan dengan aklahqul karimah puncanya Ihsan.

KETIKA ZUHUD BERPUSARA ZIKRULLAH

Bukan hal asing bagi ummat Islam kini dengan istilah Zuhud. Istilah Zuhud selalu diidentitikan dengan dunia sufi dan kemiskinan. Untuk menambah cakrawala pemikiran, ada baiknya kita melihat bagaimana ulama’ menyingkapi istilah Zuhud ini.

Zuhud adalah kalimat dalam bahasa Arab yang diambil dari kata Zahuda, Yazhudu, Zuhdan (sulasi mujarrad). Zuhdan atau Zuhud sighatnya masdar taukid menunjukkan kepada sikap atau keadaan seseorang. Zuhud bererti sikap atau keadaan seseorang yang tidak mencintai dunia, sikap ini tidak bererti melarang manusia untuk kaya tetapi seberapapun kekayaan yang dimilikinya diperuntukkan untuk dapat mendekatkan diri kepada Allah swt. Sebagaimana Allah swt berfirman, ”Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan kebahagiaanmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.” al-Qasas:77.

Rasulullah saw seorang manusia yang jujur dan berjaya beristerikan Siti Khadijah yang dikurniai banyak harta. Ketika api perjuangan memuncak, tidak sedikit pun harta tersisa, beliau ikhlaskan demi perjuangan menegakkan kebenaran. Kezuhudan Rasulullah saw dan isterinya menjadikan kecintaannya kepada Allah swt mampu menjadikan dunia sebagai media taqarrub kepadaNya. Ketika kelaparan melanda ummat Islam sepulang perang Uhud, harapan untuk mendapatkan makanan nyaris punah. Datanglah Sayyidina Uthman bin Affan r.a. membawa seratus unta yang kemudian diberikan untuk keperluan ummat yang tengah dilanda krisis.

Sayyidina Ali bin Abi Tholib memandang Zuhud adalah perbuatan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah swt. Zuhud di dunia adalah memendekkan angan-angan, bersyukur ketika mendapat nikmat dan menjauhi segala yang haram. Sikap Zuhud sebagaimana dimaksud beliau, sejalan dengan apa yang difirmankan Allah dalam surah al-Hadid: 23, maksudnya, ”(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Zuhud bererti seimbang antara lahir dan bathin. Yahya bin Muadz r.a. menuturkan, seseorang tidak akan sampai pada hakikat Zuhud kecuali dengan tida hal. Pertama, beramal tanpa mengaharapkan ganjaran, kedua berucap tanpa dikendalikan nafsu, ketiga kemuliaan tanpa kekuasaan.

Syekh Junaidi al-Bagdadi r.a. beliau menjelaskan bahawa Zuhud adalah melepaskan tangan dari kecintaan terhadap harta benda, melepaskan hati dari kesenangan nafsu dan menjauhkan hati dari pengaruh yang negatif. Orang yang mencintai harta benda tanpa memiliki sikap Zuhud maka dapat dipastikan menjadikan dunia sebagai media kesenangan, padahal seharusnya harta dunia dijadikan alat yang menfasitasi antara dirinya dengan Tuhannya. Demikian dikatakan Syekh Abdul Qadir q.s. yang Zuhud dan senantiasa menyediakan hartanya untuk kepentingan orang banyak, beliau sangat kaya tetapi ketika orang lain membutuhkan harta bendanya, baju yang dipakainya pun diberikannya.

Imam Naqsyabandi r.a. menuturkan, “Makanlah kamu dengan yang enak-enak, berpakaianlah dengan yang bagus-bagus, tetapi ingat beribadahlah dengan enak dan bagus pula.”

Kemiskinan seseorang tidak dapat menjamin dapat dekat dengan Allah, sebaliknya orang kaya tidak dipastikan dibenci Allah. Kaya atau miskin bukan ukuran, hiasilah dengan Zuhud pasti dekat dan selamat dari azab Allah swt. Di dalam kitab Iqodul Himam, Imam Ibnu Athoillah r.a. menuturkan, Zuhud di dunia adalah zikir dalam hati dengan dawam (istiqamah) walau sedikit zikirnya dengan lisan, seseorang yang hatinya selalu ingat Allah (melakukan zikrullah) sanantiasa merasa diawasi Allah swt, kerananya (zikrullah) membuat sadar siapa yang memberi harta dan untuk apa harta harus digunakan, siapapun dan apapun jua pangkat yang disandangnya akan selamat ketika Zuhud berpusara zikrullah..

(Athoez/Rbth)

Saturday, May 31, 2008

ISU PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH HARUS DILIHAT DARI KACAMATA POSITIF

Isu pakaian pelajar perempuan seksi yang di gembar- gemburkan itu seharusnya dilihat dari perspektif yang positif. Saya perhatikan cadangan tersebut bukan semata- mata untuk kepentingan peribadi bahkan ia melibatkan maruah seluruh wanita khususnya dikalangan pelajar perempuan Islam.

Saya yakin dan percaya penulis pastinya sudah melihat dan menilai aspek pemakaian tersebut dari sudut baik buruknya sebelum berani mengeluarkan kenyataan tersebut yang menjadi kontroversi memandangkan ia agak kontra dengan kebanyakan kotak pemikiran masyarakat Malaysia kini yang menganggap ia tidak lebih hanya sekadar perkara picisan yang tidak wajar diberi perhatian.

Namun kita yang mengaku sebagai Islam yang sebenar harus barani mempertahankan pandangan tersebut disamping memberi cadangan yang membina bagi mengukuhkan lagi kenyataan tersebut. Saya perhatikan respon pembaca kebanyakannya datang dari orang yang diluar linkungan agama Islam. Ia tidak wajar berlaku kerana ini hanya melibatkan isu umat Islam.

Namun apa yang lebih mendukacitakan ada juga segelintir umat Islam yang turut sama membantah cadangan tersebut. Kita harus melihat dari sudut yang positif dan mengkaji sejauhmana baju sekolah tersebut mengundang serta menjadi salah satu faktor penggalak keruntuhan akhlak remaja.

cadangan saya:

1- menilai kembali kualiti kain yang digunakan dengan menyelaraskan semua jenis kain warna putih bagi semua sekolah di Malaysia. atau;

2- menetapkan syarat pemakaian tudung minimanya menutup dada. atau;

3- pihak PKPIM harus mencadangkan model pakaian sekolah yang sesuai andai dua cadangan diatas sukar dilaksanakan.

Kesemua cadangan diatas sejajar dengan apa yang dituntut oleh agama dari segi syarat pakaian seharusnya tebal sekurang-kurangnya tidak menampakkan susuk tubuh dan longgar serta warna yang tidak menarik perhatian lelaki. Pelaksanaanya harus dilaksanakan secara berperingkat- peringkat kerana sudah pastinya ia melibatkan perbelanjaan yang besar serta sesuai dengan tuntunan agama yang menghendaki agar sesuatu perkara itu tidak dilakukan dengan tergesa- gesa.
Namun hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Kita mampu melaksanakannya andaikata kita benar- benar memahami seluruh tuntutan agama terutamanya dari aspek penjagaan aurat wanita.

Akhir kata, jangan mudah menyalahkan orang lain, lihat kembali kearah keaifan diri serta sama- sama kita memperbaiki segala kekurangan, kerana nasihat menasihati dalam perkara kebaikan itu amat dituntut oleh agama.

1 JUN 2008

Friday, May 23, 2008

SENARAI VCD TASAUF UNTUK TEMPAHAN

http://www.bicarasufi.com/bscweb/senarai_vcd.htm

DOWNLOAD AUDIO PENGISIAN TASAUF

Suluk membina akhlak zahir batin-1 -oleh Faqir Amal
Suluk membina akhlak zahir batin-2
Suluk membina akhlak zahir batin-3
Suluk membina akhlak zahir batin-4
Taharah bagi si salik-1 -oleh Faqir Amal
Taharah bagi si salik-2
Taharah bagi si salik-3
Ilmu Usuludin penyuluh muraqabah-1- oleh Faqir Amal
Ilmu Usuludin penyuluh muraqabah-2
Ilmu Usuludin penyuluh muraqabah-3

UNTAIAN MUTIARA TQN

- Jangan membenci Ulama sezaman
- Jangan menyalahkan pengajaran orang lain
- Jangan memeriksa murid orang lain
- Jangan berhenti bekerja meskipun disakiti orang
- Harus menyayangi orang yang membenci kepadamu.

Tuesday, May 6, 2008

SOKONGAN TERHADAP PINDAAN AUKU

Sebagai maklum balas terhadap surat yang di email oleh Exco Pendidikan dan Penyelidikan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Faisal b. Abdul Aziz dalam akhbar berita harian, saya yang merupakan wakil dari Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM), turut ingin menyatakan pandangan dan pendirian yang sama seperti PKPIM. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga serta ucapan tahniah kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Muhamed Khaled b. Nordin, mengenai hasrat kerajaan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Saya yang juga penuntut di Universiti Malaya memandang pindaan ini merupakan suatu hadiah yang tidak ternilai harganya kepada semua mahasiswa. Mahasisiwa yang merupakan aset berharga Negara seharusnya menggunakan peluang ini untuk menggarap idealisme dan menjadikannya sebagai suatu medan untuk mengasah bakat kepemimpinan yang ada serta memanfaatkannya sebaik mungkin bagi menjana mahasiswa yang berguna kepada agama, masyarakat dan Negara.

Seharusnya mahasiswa tidak hanya berada dalam lingkungan bilik kuliah, kolej mahupun katil atau dengan kata lainnya sindrom 3K. Fenomena mahasiswa yang tidak pandai berhadapan dengan dunia luar, tiada softskill, kurang keyakinan diri terutamanya ketika di temuduga untuk mendapatkan suatu pekerjaan, seharusnya dielakkan seterusnya dihapuskan samasekali. Dengan pindaan akta AUKU ini mudah-mudahan menjadi titik tolak kepada perubahan dalam diri mahasiswa agar menjadi penyumbang terbaik kepada masyarakat seterusnya mampu memimpin Negara pada masa akan datang.

Akta AUKU yang termaktub dalam seksyen 15(1),(2),(3),(4) yang melarang mahasiswa menganggotai pertubuhan di luar kampus, wajar diperhalusi. Terdapat banyak Pertubuhan luar yang sah seperti pertubuhan belia, persatuan koperasi dan beberapa persatuan professional dan sebagainya yang sememangnya amat memerlukan sumbangan mahasiswa terutamanya dari segi idealisme, intelektualisme, aktivisme dan sebagainya. Adalah amat rugi sekiranya keintelektualisme mahasiswa disekat sehingga lahirnya mahasiswa lesu yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada masyarakat.

Universiti tidak hanya menjadi tempat untuk mengejar pointer tertinggi semata-mata bahkan seharusnya ia juga turut menjadi medan untuk mahasiswa mengasah bakat kepimpinan dengan menyertai mana-mana persatuan mahupun kelab, serta tidak hanya menjadi ulat buku semata-mata. Ilmu yang didapati di dewan kuliah tidak cukup untuk membekalkan segala ilmu yang diperlukan mahasiswa untuk berdepan dengan dunia sebenar apabila berada di alam pekerjaan kelak. Akan tetapi mahasiswa seharusnya bijak mencari ruang dan peluang lain bagi menambahbaik ilmu yang ada atau dengan kata lainnya mengadunkan antara ilmu akademik yang bersifat formal dengan ilmu lain yang bersifat tidak formal agar gabungan itu nanti berjaya membentuk mentaliti mahasiswa yang berdaya kreatif dan kritis serta berfikir diluar kotak.

Mahasiswa beginilah yang seharusnya dilahirkan oleh universiti dan inilah yang menjadi tanda aras yang membezakan antara mahasiswa dengan masyarakat diluar. Oleh itu, saya menyeru kepada semua mahasiswa agar menyahut dan menyokong tindakan kerajaan untuk meminda akta AUKU ini. Gambaran mahasiswa yang salah sebelum ini seperti mahasiswa lesu, lemah dan sebagainya harus diperbetulkan dan digantikan dengan mahasiswa yang berketerampilan, berdaya saing dan memiliki watak kepemimpinan yang ideal bagi merealisasikan hasrat dan perjuangan yang sebenar.

Sunday, May 4, 2008

YA RABBI ANZILNI MUNZALAN MUBAROKAN WA ANTA KHAIRUL MUNZILIN..

YA RABBI..
AKU SANGAT RINDU PADAMU..
HARI-HARI YANG KULALUI DENGAN PENUH KEPAYAHAN..KU TAHU ENGKAU SENTIASA MELIHATKU WALAU TERKADANG AKU SERING KALI MELUPAKANMU..
NAMUN PABILA DIRI DIJENGAH DENGAN JERIH KEPAYAN DAN KESUSUHAN MUDAH SAHAJA HATI INI TERINGAT KEPADAMU..
BILA AKU DILEPASKAN DARI KEPAYAHAN ITU, HATI KEMBALI LALAI..LUPA..ALPA DARI MENGINAGTIMU..BAGAIMANA MUNGKIN HATI INI BOLEH BERKATA-KATA DAN TERUS- TERUS MENERUS INGAT KEPADA MU..TIADA LUPA WALAU SESAAT CUMA,
NAMUN AKU BUKAN SEPERTI ITU...AKU LUPA SELALU..LALAI BANYAK SEKALI...BAGAIMANA HARUS KU LATIH HATI INI BAGAIMANA?
YA RABB BANTU DAN TOLONGLAH AKU..JANGAN KAU PALINGKAN WAJAHMU DARIKU..PIMPINLAH AKU..BIMBINGLAH AKU..YANG TIDAK BERGUNA, LEMAH DAN HINA-DINA INI...
DENGARILAH YA RABB RINTIHAN HATI HAMBAMU INI, YANG MENGHARAPKAN PANDANGAN RAHMAT DAN BELAS EHSAN DARI-MU...
RABBI ANZILNI MUNZALAN MUBAROKAN WA ANTA KHAIRUL MUNZILIN...

Sunday, February 10, 2008

KUALITI SEBAGAI SEORANG PENGURUS ISLAM

KUALITI SEBAGAI SEORANG PENGURUS ISLAM

PENDAHULUAN:

Pengurusan moden yang berakar umbi daripada tamadun barat banyak memberi manfaat kepada oraganisasi hari ini dalam memudahkan urusan seharian mereka. Dari semasa ke semasa banyak konsep dan teknik pengurusan terkini digunakan oleh syarikat- syarikat terkemuka di Barat dan di Timur bagi memajukan perniagaan mereka. Pengurusan moden boleh dikatakan bermula daripada pengurusan saintifik yang dikemukakan oleh Taylor yang menitikberatkan kepentingan pengkhususan kerja. Kemudian wujudnya pengenalan prinsip-prinsip pengurusan klasik oleh Fayol.

Meskipun pengurusan moden banyak memberi kebaikan kepada organisasi hari ini, namun masih wujud masalah yang melibatkan individu pengurus itu sendiri. Pengurusan moden tidak mengajar pengurus untuk memperbaiki perangai dan kelakuan pengurus kearah kebaikan diri pengurus dan kebaikan organisasi yang menyeluruh. Pengurusan moden membolehkan pengurus melihat diri mereka sebagai tuan yang berkuasa sepenuhnya terhadap pekerja
[1].

Namun dalam Islam jelas konsep pengurusan Islam di bincangkan dengan panjang lebar bahkan kita berusaha untuk menerapkan nilai dan konsep ini dalam setiap organisasi Islam. Dalam kajian ini penulis memberi fokus terhadap pengurusan Islam dalam konteks perguruan.

Sebelum penulis mengulas dengan lebih lanjut tentang konsep atau kualiti yang sepatutnya ada sebagai seorang pengurus Islam mari kita renungkan beberapa dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah serta kata-kata hikmah dari cendiakawan agar perbincangan kita nampak lebih tuntas dan jelas.

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak sekali-kali menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh.”
[2]

“Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya”
[3]

Iman itu tempatnya dihati (qalb), atau menurut penjelasan Haji Agus Salim, “paham iman itu mengenai jiwa batin, yang tidak dapat kita kuasai dengan kehendak kita, tak dapat kita kendalikan dan kemudikan dengan akal kita.”
[4]

Ini antara dalil yang menjelaskan kepada kita bahawa segala yang berkait dengan pengurusan Islam adalah bertunjangkan kepada konsep keimanan dan ketauhidan kita kepada Tuhan pencipta segala-galanya. Oleh itu, tidak dapat tidak kita tidak dapat lari dari konsep asas dalam Islam yang sememangnya menekankan konsep ini dalam apa jua yang kita lakukan, walau apa jua status kita dalam masyarakat dan lebih-lebih lagilah jika kita sebagai seorang pemimpin dalam sesebuah organisasi.
KONSEP PENGURUSAN ISLAM:

Islam mengiktiraf agama sebagai ad-Din, iaitu satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh. Maka dengan itu, dengan sendirinya dalam Islam tidak wujud pemisahan antara pengurusan daripada agama seperti yang wujud dalam pengurusan moden. Apa yang jelas, Islam mempunyai falsafah yang tersendiri dalam pengurusan. Ajaran Islam di sini telah membekalkan panduan dan prinsip berdasarkan sumber yang sahih dan nyata bagi menjadikan pengurusan sebagai satu disiplin yang di redhai Allah swt
[5].

Falsafah pengurusan Islam amat berbeza dengan falsafah pengurusan moden yang berlandaskan konsep sekular. Konsep sekular yang dimaksudkan disini adalah mengasingkan perihal keduniaan dengan agama. Bagi pengurusan moden, agama merupakan hal peribadi dan tidak berkait langsung dengan pengurusan.

Tidak sepertimana falsafah pengurusan Islam yang bertunjangkan konsep atau paradigma tauhid sebagai tunjang kepada sikap dan perlakuan pengurus dalam mengurus pekerja dan jabatannya.

Sheikh Ghazali (1991), seorang penulis buku perniagaan Islam dalam membicarakan falsafah ekonomi Islam menegaskan tauhid sebagai “satu ukuran dan landasan unggul bagi setiap keputusan dan perancangan yang dilaksanakan. Tauhid juga merupakan landasan arah dan misi yang dibawa oleh sistem ini, yang setiap sesuatu yang dengan perjalanan sistem ini tidak lepas daripada mendahului prinsip-prinsip, nilai-nilai dan segala pertimbangan serta hukum-hakam yang menyertai tauhid.

Begitu juga dalam hadith Rasulullah saw yang amat dikenali sebagai hadith jibril mengkhabarkan kepada kita ummatnya tentang tiga pokok ugama yang mana ketiga-tiga pokok ugama inilah yang menunjangi kita sebagai umat Islam dalam apa jua buat kerja kita. Hadith ini antara lain menceritakan tentang
Islam ;
“Islam ialah: kamu bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang hak disembah melainkan Allah, kemudian kamu mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan ibadah haji ke Baitullah (Makkah), jika engkau mampu”.

Iman;
“Iaitu: kamu beriman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari kiamat dan kepada qadar (taqdir) yang baik dan buruk”.

Dan juga tentang konsep
ihsan;
.........Kemudian ia berkata lagi: “Jelaskanlah padaku tentang ihsan”. Nabi menjawab: “ iaitu: kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak melihat-Nya, maka yakinilah sesungguhnya Ia melihatmu.”............
[6]

SIFAT DAN KELAKUAN PENGURUS ISLAM:

‘Ubudiyyah

Sepertimana yang kita bincangkan diatas bahawa konsep ihsan merupakan perkara yang amat penting untuk ditekankan oleh seseorang pengurus Islam yang baik. Ini kerana tanpa kita menghayati sifat ini mana mungkin seseorang itu dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan itu dengan hati yang benar-benar takut pada Tuhan pencipta segala sesuatu samada yang di langit dan di bumi.

Kemudian ia berkata lagi: “Jelaskanlah padaku tentang ihsan”. Nabi menjawab: “ iaitu: kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak melihat-Nya, maka yakinilah sesungguhnya Ia melihatmu.”
[7]

Oleh yang demikian itulah maka wajar sekalilah kita meletakkan sifat ‘ubudiyyah ini ditempat yang pertama dan teratas sekali memandangkan bahawa sifat ini merupakan tunjang segala apa yang kita bincangkan berkaitan dengan konsep dan sikap seorang pengurus yang baik dan berkesan zahir dan batin.

Jika kita kaitkan pula dengan konsep pengurusan di sekolah, guru besar sememangnya memainkan peranan yang penting dalam menakhodai anak-anak kapalnya yang terdiri daripada guru- guru, murud-murid, kakitangan sekolah seterusnya kepada semua warga sekolah tersebut.

Seorang guru besar yang baik pasti menjadikan tunjang ‘ubudiyyah ini sebagai asas dalam melaksanakan tanggungjawab kerana sentiasa merasakan diri diperhatikan oleh Allah dalam setiap tindakan serta kerja yang dilakukan samada yang diketahui mahupun yang tersembunyi. Kerana dia percaya dan penuh yakin bahawa Allah itu maha melihat dan mengetahui apa yang ada di dalam hatinya sekalipun ia tidak di zahirkan kepada manusia lainnya.

Apabila konsep ihsan berjaya dikuasai dengan sebaik-baiknya, maka secara tidak langsung hatinya menjadi bersih dan lembut. Oleh itu, sikap ego dan meninggi diri boleh diatasi dengan baik. Boleh menerima pendapat dan pandangan dari guru-guru lain tanpa memandang remeh terhadap apa yang diutarakan.

Selain itu, solat dijadikan tunjang utama dalam merealisasikan konsep ihsan dalam diri, kerana solat itu adalah tiang ugama, sebanyak manapun amalan baik yang dilakukan, tanpa solat semua itu akan menjadi sia-sia sahaja.

Sebagamana Nabi saw bersabda yang bermaksud :
“Sembahyang itu adalah tiang agama, siapa yang mendirikannya seolah dia mendirikan agama, barangsiapa yang meninggalkan sembahyang ibarat meruntuhkan agama”

Mas’uliyyah

Sifat yang seterusnya yang perlu ada bagi seorang pengurus yang baik adalah sifat mas’uliyyah. Seorang pengurus terutamanya seorang pengetua sekolah itu seharusnya bertanggungjawab ke atas sebarang perlakuan dan prestasi guru-guru mahupun pelajar serta kakitangan sekolah . Contohnya jika berlaku perselisihan antara guru dan pelajar, pengetua harus menyiasat terlebih dahulu punca kepada berlakunya peristiwa tersebut. Dia tidak harus menerima bulat-bulat apa yang disampaikan dan memastikan perkara itu diselesaikan dengan cara yang sebaiknya dan berhemah.

Selain itu, pengetua yang bertanggungjawab sentiasa berusaha melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan keatas pundaknya kerana dia yakin bahawa segala apa yang dilakukan itu pasti akan dipersoalkan diakhirat kelak.

Sebagaimana Nabi bersabda yang bermaksud:
“Setiap orang itu adalah pemimpin dan dia akan dipersoalkan ke atas apa yang dipimpinnya”
Seorang pengetua yang memahami tanggungjawabnya juga sentiasa melakukan pemantauan terhadap masalah yang dihadapi oleh guru-guru, pelajar mahupun kakitangan sekolah. Dia menyedari bahawa sebagai seorang manusia kita tidak akan terlepas daripada masalah atau hal-hal yang kurang menyenangkan. Oleh yang demikian pengetua atau pengurus yang baik itu sentiasa menjadikan dirinya sebagai tempat untuk meluahkan sebarang permasalahan dan berusaha untuk menjadi pendengar yang baik seterusnya mampu memberi nasihat kepada yang memerlukannya dan juga memperbaiki mana-mana yang perlu diperbetulkan.

Motivasi penting sebagai egen penggerak atau juga boleh dikatakan sebagai enjin yang dapat menggerakkan seseorang agar lebih berpotensi dan efektif dalam melaksanakan tugas seharian. Begitu jugalah guru- guru dan pelajar. Mereka memerlukan motivasi yang tinggi bagi menjamin kecemerlangan dan prestasi. Pengetua sebagai seorang pentadbir atau pengurus sentiasa berusaha memberikan motivasi samada memberi ucapan di perhimpunan sekolah atau mengadakan kem motivasi diperingkat sekolah samada kepada guru mahupun pelajar. Selain itu, pengetua sentiasa menjadikan setiap pertemuan antara guru itu sebagai salah satu saluran bagi menyampaikan kata-kata semangat dan dorongan kepada guru ataupun pelajar. Inilah antara nilai atau contoh pengurus yang baik yang sentiasa memanfaatkan peluang dan ruang yang ada nasihat-menasihati diatas perkara yang baik.

Firman Allah yang bermaksud:
“ Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan- pesan dengan kesabaran”
[8].

Itqan

Itqan merujuk pada pelaksanaan dan penyempurnaan kerja yang dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh
[9]. Dalam sistem pentadbiran sekolah misalnya, pengetua memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya. Seorang pengurus yang memahami bidang kerjanya dengan baik serta yakin bahawa setiap apa yang dilakukanya itu akan mendapat ganjaran yang setimpal samada di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat, maka sudah tentulah dia bekerja dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh. Seraya daripada keyakinan ini akan menjadikan pengurus itu melakukan kerja yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

Selain itu juga seseorang pengurus itu akan sentiasa memperbaiki mutu prestasinya dalam gerak kerja yang dilakukan. Sebagai seorang pengetua misalnya, beliau bukan sahaja terikat dengan aktiviti mengajar bahkan apa sahaja yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah memerlukan perhatian yang tidak kurang pentingnya. Seperti hal-hal yang melibatkan prestasi guru dalam melaksanakan tugas, prestasi pencapaian pelajar dalam akademik mahupun sukan, masalah-masalah disiplin pelajar, prestasi sekolah dan sebagainya. Segala masalah yang timbul sentiasa dibawa berbincang atau lebih dekat kita gunakan konsep ‘syura’. Konsep ini amat digalakkan oleh Rasulullah saw untuk dipraktikkan agar setiap masalah yang dihadapi dapat ditangani bersama dengan tuntas sekali.

Kualiti kerja juga antara perkara yang amat dititik beratkan dalam merealisasikan sifat itqan bagi seorang pengurus Islam. Namun begitu, sekalipun kualiti amat dipentingkan akan tetapi ia tidak sampai mengabaikan tanggungjawab lain terutamanya amanahnya terhadap keluarga dan juga terhadap agama.

Disini, konsep fiqh al-Awlawiyyat (fiqh keutamaan) sangat perlu dikuasai agar setiap perkara yang dilakukan tidak sampai mengabaikan perkara-perkara lain yang juga tidak dikira sebagai perkara nombor dua. Fiqh al-Awlawiyyat yang penulis maksudkan adalah, meletakkan segala sesuatu pada tangga dan peringkatnya yang sebenar dengan pertimbangan keadilan, samada mengenai perbuatan, pemikiran, hukum-hakam dan nilai-nilai akhlak mulia. Perkara yang paling penting mesti didahulukan dan diutamakan, kemudian yang penting, kurang penting dan selanjutnya, mengikut pandangan syari’at Islam yang bersumber daripada wahyu Ilahi dan berfungsi sebagai petunjuk kepada akal fikiran insan
[10].

Perkara yang semestinya diutamakan wajib didahulukan dan perkara yang mesti diakhirkan wajib diletakkan ditempat yang terakhir. Perkara kecil tidak boleh dibesar-besarkan, dan perkara yang penting tidak boleh dipandang remeh. Dengan lain perkataan, segala sesuatunya mesti diletakkan pada kedudukan dan tempatnya secara ‘adil dan sesuai mengikut pandangan syari’at Islam tanpa adanya mana-mana bahagian yang dirugikan ataupun diabaikan seperti yang dijelaskan dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (ke’adilan). Supaya kamu jangan melampaui batas neraca itu”
[11].

Qana’ah

Qana’ah ialah sifat seseorang pengurus Islam yang sentiasa berpuas hati dengan rezeki yang diberikan Allah kepadanya. Seorang pengurus Islam yang qana’ah bukanlah seorang pengurus yang mengejar pangkat dan status sebagai objektif hidupnya. Beliau yakin jika usahanya tidak mendapat ganjaran yang setimpal, maka ganjarannya kelak akan diperolehi di akhirat.

Dalam konteks sebagai seorang pengetua sekolah, yang sentiasa bersifat dengan sifat qana’ah akan sentiasa memberi peluang kepada pekerjanya iaitu guru-guru dan juga kakitangan sekolah untuk mendapat ganjaran. Beliau tidak akan berebut sama dengan orang bawahannya dalam mengejar hasil ganjaran. Beliau tidak akan mengekploit atau menggunakan hasil kerja guru-guru sebagai batu loncatan untuk naik pangkat atau gaji.

Sebagai contoh, sekolah ada menganjurkan sambutan sempena Hari Kemerdekaan. Guru dikehendaki mencari ‘sponsor’ atau sumber kewangan lain bagi menampung perbelanjaan bagi program tersebut. Akan tetapi sumber kewangan yang dihendaki tidak mencapai target yang dikehendaki. Namun demikian pengetua tetap bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang diperolehi. Apa yang berlaku itu tidak sampai kepada melanggar batas agama dan syari’at seperti mendapatkan tajaan program dari syarikat-syarikat yang tidak halal seperti sport toto dan lain-lain.

Murunah

Murunah bermaksud fleksibel. Seseorang pengurus Islam yang mempunyai sifat murunah bukanlah bermakna bahawa pengurusanya itu bersifat ketat atau longgar tetapi menjurus kepada persoalan bilakah sifat tidak ketat atau tidak longgar tersebut boleh diamalkan.

Seorang pengurus yang murunah, merupakan seorang pengurus yang tidak hanya berpegang atau bergantung semata-mata kepada peraturan atau dasar dalam sesebuah organisasi. Akan tetapi mereka menggunakan budi bicara sebagai asas dalam pelaksanaan tugasnya sebagai seorang pengurus.

Begitu juga halnya kepada seorang pengetua, beliau tidak mengambil kesempatan diatas pangkat yang ada bahkan menggunakan pangkat atau jawatan yang disandang sebagai landasan untuk mendekatkan diri kepada al-Khaliq. Iaitu tidak menekan guru-guru yang bermasalah. Misalnya ada dikalangan guru yang selalu datang lewat ke sekolah. Apa yang dilakukan bukan terus menghukum atau mencantas perbuatan guru tersebut, akan tetapi beliau sedaya mungkin cuba berbincang dengan guru itu tentang apakah faktor penyebab diatas kelewatan guru itu ke sekolah. Dari situ akan wujudlah hubungan dua hala antara pengurus dan orang yang berada di bawahnya. Serta perbuatan menuding jari di atas kesalahan orang lain tidak akan timbul sama sekali bahkan perbuatan nasihat-menasihati dan bertoleransi berjaya dibudayakan di sesebuah sekolah.

KESIMPULAN:

Konsep pengurusan Islam dan sifat-sifat yang perlu ada sebagai seorang pengurus Islam yang sebenarnya telah dibincangkan diatas. Meskipun begitu, sifat-sifat ini bukanlah sifat menyeluruh ataupun merupakan kamus lengkap yang perlu ada kepada seorang pengurus. Sebenarnya banyak lagi sifat-sifat mahmudah lain yang juga sepatutnya ada pada seorang yang dikatakan sebagai seorang pengurus khususnya sebagai seorang pengetua di sekolah.

Namun begitu, penulis berpandangan segala sifat-sifat yang telah dihuraikan diatas semestinya bertunjangkan kepada konsep tauhid serta keimanan atau juga dikatakan sebagai konsep ‘ubudiyyah kepada Tuhan yang maha esa. Inilah yang menjadi asas bagi sistem dalam sesebuah pentadbiran Islam yang syumul. Bermula dari konsep kehambaan yang tumbuh hasil daripada konsep peng’abdian yang sebenar itulah yang akan melahirkan pelbagai cabang sifat-sifat mahmudah yang lain.

Berdasakan kepada hadith jibril yang telah dinyatakan diatas, para ulama’ telah mengijma’kan bahawa kelengkapan agama Islam itu berada dalam tiga asasnya iaitu islam, man dan ihsan. Apabila kita fahami tentang ihsan sebagaimana yang disebutkan oleh Nabi saw itu maka kita dapat membuat kesimpulan bahawa ihsan itu ialah peningkatan iman dan Islam dalam penghayatan kedua-duanya, sehingga sampai ke tingkat atau darjat yang sebaik-baiknya atau yang paling sempurna
[12].

Al-Sayid Muhammad Siddiq al-Ghumari pula menegaskan dengan katanya:
Sesungguhnya, sebagaimana yang terdapat dalam hadith (Jibril) itu, agama Islam itu terdiri dari tiga rukun tersebut (islam, iman dan ihsan). Maka sesiapa yang membuangkan bahagian ihsan, agamanya menjadi kurang tanpa keraguan lagi, kerana ia telah meninggalkan satu rukun daripada rukun-rukunnya. Maka tujuan tariqah ialah (pencapaian) ihsan itu, setelah seseorang itu dapat menghayati dengan sebenarnya islam dan iman
[13].

Oleh itu, punca kepada banyaknya berlaku penyelewengan dalam sesuah organisasi pentadbiran hari ini kerana rapuh dan longgarnya pegangan para pengurus Islam itu pada tiga pokok agama itu sendiri iaitu perkara ketiga yang sering dilupakan kebanyakan manusia hari ini, iaitulah yang dinamakan konsep ihsan.

Firman Allah yang bermaksud:
"Belumkah sampai masanya bagi orang-orang yang beriman itu (para sahabat) untuk mengkhusyu’kan hati mereka bagi mengingati Allah dan kepada kebenaran (al-Quran) yang telah diturunkan dan janganlah mereka itu jadi seperti orang-orang yang diberikan al-Kitab sebelumnya, kemudian berlalu masa yang lama (tanpa mereka imankan dan amalkan) lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan mereka itu menjadi orang-orang yang fasik"
[14].

Kenyataan diatas disokong oleh kata-kata ‘Ubadah bin al-Samit yang ditujukan kepada Jubayr yang menegaskan:

Benarlah kata-kata Abu Darda’ itu (hai Jubayr!). sekiranya engkau mahu nescaya aku boleh ceritakan kepada engkau mengenai ilmu yang mula-mula dihapuskan dari manusia. Ilmu itu ialah (ilmu) khusyu’, sehingga (pada masa itu) jika engkau masuk ke dalam masjid (sedang orang ramai sembahyang) berjemaah, nescaya engkau tidak dapati seorangpun yang khusyu’
[15].

Dari fakta-fakta yang telah dihuraikan diatas iaitu kedudukan ilmu dan amalan ihsan itu sendiri dalam Islam, maka dapatlah kita simpulkan bahawa ilmu dan amalan ihsan yang juga dikenali sebagai tasawwuf itu merupakan sebahagian daripada ajaran agama Islam itu sendiri. Malahan, ia merupakan bahagian dalamnya yang amat penting kerana tanpanya agama Islam bukan sahaja tidak sempurna tetapi juga akan menjadi lemah dan tidak bermaya.

Kesimpulannya sebagai seorang pengurus Islam, semada sebagai seorang pengetua sekolah mahupun sebagai seorang guru walau apa jua pangkat sekalipun, harus berusaha menanamkan di dalam hati konsep islam, iman dan ihsan agar kualiti kita sebagai pengurus Islam dalam lapangan pendidikan menjadi lebih berkesan serta membuahkan hasil yang menakjubkan dimasa akan datang.

Oleh:

NURHAFIZA SHAHRUDIN
SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN 3
UNIVERSIRI MALAYA

31/OGOS/2007
JUMAAT
[1] Azman Che Omar. Pengurusan di Malaysia Dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 2003. Hlm 46.
[2] Al-Qur’an, Surah Adz-Dzaariyaat: 56-58.
[3] Al-Quran, Surah Al-Muddatstsir: 38
[4] Agus Salim . Djedjak Langkah Hj. Agus Salim. 1954, hlm. 372.
[5] Azman Che Omar. Pengurusan di Malaysia Dari Perspektif Islam, hlm. 48-49.
[6] Hadith Riwayat Muslim.
[7] Hadith Riwayat Muslim.
[8] Al-Quran, Surah al-Asr: 1-3
[9] Azman Che Omar. Pengurusan di Malaysia Dari Perspektif Islam, hlm. 74.
[10] Prof. Dr. Yusuf Abdullah Al-Qaradhawi. Fiqh Keutamaan Satu Kajian Baru Dari Perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah. Selangor : Thinker’s Library Sdn. Bhd. 2005, hlm. 1-2.
[11] Al-Quran, Surah al-Rahman: 8-9.
[12] Prof Madya Dr. Jahid Sidek. Shaikh dalam Ilmu Tariqah. Kuala lumpur: Universiti Malaya. 1997, hlm. 37.
[13] Ahmad Siddiq Al-Ghumari, Al-Intisar li Ta’lif, t.t., hlm. 6.
[14] Al-Qur’an, Surah al-Hadid: 16
[15] K. H. Qamaruddin Saleh. Asbabun-Nuzul. Bandung: Indonesia. 1957, hlm. 102.

Wednesday, January 30, 2008

Jalan mengenal kekurangan diri

Ketahuilah sekiranya Allah Azza wa Jalla berkehendak kebajikan dan hikmah bagi hambaNya, nescaya diperlihatkanNya kekurangan- kekurangan, kecelaan diri hamba itu. Siapa yg penglihatan hatinya tembus, nescaya tidak tersembunyi kepadanya akan kekurangan dan kecelaan dirinya itu.


Maka apabila dia sudah mengetahui akan kekurangan dan kecelaan dirinya itu, nescaya akan memungkinkan dirinya mengubati dan membersihkannya.


Malangnya kebanyakan hamba tidak mengetahui akan kekurangan dirinya, malah mereka lebih mudah lagi melihat habuk pada mata saudaranya daripada melihat kecacatan matanya pada dirinya sendiri.

Barangsiapa ingin megetahui kekurangan dirinya, maka baginya tertentu empat jalan:


1.Berguru dengan yang Mursyid
2.Mencari teman yang benar
3.Mendengar celaan daripada musuhnya
4.Bercampur dan melihat gelagat kecelaan pada manusia lalu diperhatikan kembali pada dirinya akan kecelaan dan kekurangan yang ada pada diri nya.

(Petikan dari Kitab Ihya Ulumuddin)