? ??????????????Playboy? ????? ?????? ???Rating: 3.9 (198 Ratings)??12 Grabs Today. 9517 Total Grabs. ????
??Get the Code?? ?? ?????Truth In The Skies? ????? ?????? ???Rating: 4.0 (1 Rating)??11 Grabs Today. 61 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Sunday, October 4, 2009

Ketenangan Telah Kembali…

Ya Tuhanku
Aku bersyukur padaMu
Terima kasih wahai Tuhanku
Kerna Engkau mendengar rintihanku selama ini
Engkau kurniakan padaku sedikit kegembiraan
Demi menghiburkan hatiku yang duka ini
Terima kasih ya Allah

Tiada ungkapan yang paling layak aku berikan
Tanda syukurnya aku diatas pemberianMu
Tanda syukurku diatas rahmatMu
Memberiku jalan keluar diatas keperitan yang ku alami selama ini
Dengan menganugerahi aku rasa lapang dihatiku
Inilah nikmat yang aku rasakan
Betapa ketenangan hati itu amat mahal sekali nilainya
Tiada boleh dijual beli dengan apa jua mata benda yang ada didunia ini

Betapa tersiksanya manusia itu
Apabila rasa tenang itu telah tercabut keluar dari hati
Betapa gelisahnya jiwa tiada terkata
Hanya Engkau sahaja tahu bagaimana tersiksanya rasa itu
Rupanya tenang jiwa itu amat penting dalam hidup manusia
Tanpanya boleh tidak keruan rasa hidup ini
Buat apapun serba tidak kena
Mujur juga jika diberi hidayah olehNya
Tatkala hati gelisah dia beruzlah mendekatkan diri kepadaNya
Merintih, merayu, menangis, munajat....terus-terusan...tanpa henti

Bagaimana pula yang tidak diberi hidayah?
Hati gelisah tidak tenang
Makin jauh pula dia dari Tuhannya
Pergi menghibur diri ketempat-tempat maksiat
Minum arak dan lain-lain demi mendamba sebuah ketengan yang telah hilang
Demi menghilangkan kekusutan di dalam lubuk jiwa yang tiada berkesudahannya
Dia terus hanyut..semakin jauh dari rahmat Allah
Bahkan murka pula Tuhan padaNya

Ya Allah malang sekali kalau begitu..
Jangan Kau biarkan ku hanyut dalam gelombang nafsu itu
Selamatkan aku Tuhan
Ampuni aku yang banyak lalai dan lupa ini
Bimbinglah aku agar sentiasa ingat padaMu

9 Syawal 1430H

Tuesday, September 15, 2009

RahmatNya Mengatasi KemurkaanNya

Engkau selalu mengeluh
Pabila ditimpa ujianNya
Engkau tidak sedar bahawa betapa nikmatNya
Selama ini Dia beri begitu banyak sekali
Tanpa perlu dibayar...diberi secara percuma
Bila diuji sedikit...engkau melatah
Cepat sahaja marah-marah
Bila diberi nikmat engkau ketawa riang
Hingga lupa hendak bersyukur

Inilah manusia apabila diuji cepat sahaja hatinya tersentuh
Tapi apabila mendapat nikmat engkau lupa lagi hendak bersyukur
Engkau memang patut di beri pelajaran
Engkau terus diuji..dan diuji dengan suatu yang menyakitkan
Suatu yang menyedihkan dan memeritkan
Dengan harapan engkau sedar dan kembali padaNya..
Itulah halusnya didikan Tuhan kepada hambaNya
Kasih sayangNya mengatasi kemurkaanNya

Tapi manusia itu sejenis makhluk yang sering saja lupa
Asal kalimah manusia itu dari kata ”nasia”
Bermaksud lupa
Memang patut manusia itu lupa padaNya
Lama-kelamaan dia ingat kembali
Ingat...lupa...ingat kembali..kemudian lupa lagi
Itulah manusia

Apabila engkau diberi ingat olehNya
Jangan lupa pula hendak bersyukur padaNya
Syukurilah pada rahmat dan nikmatNya
Syukurlah dengan rahmatNya engkau sedar kembali
Sedar akan hakikat kehambaan
Sedar bahawa diri ini hanya seorang hamba
Kepada sang Pencipta yang maha Agung

Jadi apabila sudah sedar
Jadilah hambaNya yang sentiasa ingat padaNya
Walau dalam keadaan mendapat rahmat atau ditarik nikmat
Engkau tetap sahaja istiqamah dalam mentaatiNya
Engkau tetap berterusan dalam kesabaran menghadapi cubaanNya
Beginilah sifat orang mu’min yang sebenar
Sentiasa ingat padaNya walau dalam situasi apapun
Hatinya sentiasa sedar
Inilah hati yang hidup...hati yang berada dalam bimbingan ilhamNya..
Inilah yang dikatakan rahmatNya mengatasi kemurkaanNya
Walaupun manusia sering durhaka padaMu
Namun Engkau tetap terima apabila hambu itu kembali kepadaMu
Engkau marah tetapi marahMu berbentuk tarbiyyah
Tarbiyyah agar manusia itu sedar bahawa mereka punya Tuhan yang maha berkuasa
Agar manusia tidak terus lalai
Agar manusia tidak terus dialpakan dengan nikmat yang melekakan

Akhirnya kembalilah dia kepadaMu
Dengan penuh tunduk malu
Malu kerana sering lalai
Kelalaian yang sering silih berganti
Dengan hati yang sedih dan malu
Engkau terima juga hambaMu itu...



22 Ramadhan 1430H
12 Sept 2009
Sabtu

Yang Bernama Seorang Perempuan

Dia di cipta dari tulang rusuk seorang lelaki
Dia di cipta dengan keadaan fizikal yang berbeda dengan lelaki
Fizikalnya halus bak mutiara jernih
Punya perasaan yang halus juga umpama sutera putih

Punya perasaan yang amat kuat sekali
Lebih-lebih lagi ketika menghadapi keadaan yang amat menguji hidupnya
Lebih-lebih lagi ketika menghadapi kesedihan yang amat memilukan
Payah sekali handak hilang dari memorinya
Itulah perempuan yang sering dikaitkan dengan emosi

Akal wanita itu satu
Nafsunya banyak sekali
Akal lelaki pula banyak
Nafsunya hanya satu

Begitulah beda sekali
Perempuan dan lelaki
Fitrah kejadian yang dihendakiNya
Tiada yang dapat mengubah kehendakNya

Sekali dilukai
Sampai kapan akan berbekas jua
Sekali disakiti perasaannya
Payah sekali hilang dari hatinya

Itulah fitrah yang tidak mungkin dapat diubah
Perempuan itu punya perasaan yang amat mendalam pada sesuatu
Perasaan yang sukar hendak diungkap dengan kata-kata
Kerna ia adalah suatu yang hanya dapat dirasa tidak dilihat

Upaya mendidik anak-anak itu
Ditangan seorang perempuan bernama ibu
Kerana perasaan yang amat mendalam
Itu amat sesuai dalam mendidik

Perasaan itulah yang diciptakan
Khusus untuk perempuan
Perasaan yang tiada dimiliki oleh sang lelaki
Itulah keistimewaan perempuan berbanding lelaki

Sekalipun tidak punya fizikal yang kuat
Tiada tenaga sehebat lelaki
Namun disana perempuan itu
Punya tugas mulia..itulah mendidik anak-anak ke jalanNya

Namun tanpa Iman dan amal yang ikhlas
Bagaimana mungkin tugas itu
Dapat di lakukan dengan sepantasnya
Mana mungkin si ketam dapat mengajar anaknya berjalan dengan betul

Hanya iman dan taqwa
Sebagai penawar yang amat mujarab
Tatkala berdepan dengan ujian dan cubaan hidup
Itulah kekuatan yang tidak akan bisa goyah sama sekali
Kecuali atas kehendakNya jua..


22 Ramadhan 1430H
Sabtu

Khaufku padaMu ya Rabbiiii....

Tiba-tiba sahaja hatiku rasa sebak
Rasa sedih yang tidak terperi
Mencengkam ke dalam jiwa
Semahu-mahunya

Dengan itu..air mata jernih
Mengalir dengan deras
Aku tidak tahu mengapa sebaknya
Dadaku ini
Rasa sesaknya dadaku
Aku menangis semahunya
Menangis dan terus menangis
Teresak-esak...

Rasa sedih yang menggamit jiwaku
Sukar ku telah
Sebabnya...
Aku teliti juga puncanya
Rasa takutkah?
Atau rasa malu kah?
Rasa berdosakah?

Ya benar...rasa-rasa itulah yang membuatku tersiksa
Setiap kali aku menangis dengan tiba-tiba
Aku mula teringat kembali dosa-dosaku yang telah lalu
Ya Tuhan malunya aku...takutnya aku
Terimalah aku kembali
Jangan biarkan aku terus terleka dan terlena terus

Terima kasih Tuhanku
Kerana masih mengurniakan padaku rasa-rasa ini
Alangkah celakanya aku
Andai aku tidak merasai rasa-rasa ini
Dengan rasa-rasa ini aku rasa insaf
Aku rasa kerdil...rasa tersiksa sama sekali
Bahkan rasa-rasa inilah yang menyelamatkan aku dari terus hanyut dengan dosa-dosa

Rasa tersiksa dengan dosa lebih baik
Daripada tidak merasa apa-apa dengan dosa
Walaupun tersiksa ..tetapi rasa bahagia
Bahagia kerana Engkau masih memberiku kesempatan
Untuk bersimpuh mengadapMu
Tuhan yang maha Agung
Tunduk dan tawadhu’ mengadapMu
Dengan penuh rasa keinsafan
Diri diselubungi dengan rasa hina
Rasa hina yang hadir dari rasa kehambaan yang dihayati sesungguhnya
Rasa-rasa inilah yang perlu dikekalkan dalam jiwa kita
Mohonlah padaNya agar dikekalkan rasa-rasa itu
Walaupun rasa tersiksa namun ia lebih baik daripada tidak merasa apa-apa
Sedih tidak gembira pun tidak..
Hati langsung tidak sensetif
Tiada rasa apa-apa
Kerana kita bimbang jangan-jangan hati itu telah mati
Iaitu mati sebelum mati....


22 Ramadhan 1430H
Sabtu

Rabiah al-Adawiyah yang suci itu...

Kau wanita sufi yang mulia
Hidup hanya bertemankan Ilahi
Siang dan malam hidupmu hanya untukNya
Beribadah dan terus bermujahadah

Pengaduanmu pada Tuhan
Menjadi penawar bagiku
Menjadi puisi cintaku untukNya

Berapa ramai lelaki yang datang kepadamu
Namun hasrat mulia mereka itu
Kau menolaknya mentah-mentah
Kau tidak melihat keseronokan berumahtangga
Itu sebagai suatu nikmat
Bahkan pengahalang terbesar dalam mujahadahmu

Kau tidak lagi memandang nikmat bertemankan seorang lelaki
Itu sebagai kenikmatan yang di dambakan semua wanita
Bahkan nikmat duniawi itu engkau telah meletaknya di bawah telapak
Kakimu yang paling bawah sekali

Suatu yang di damba-dambakan seorang anak gadis
Tiada saat yang paling indah pabila datang seorang
Menyunting buah yang telah masak ranum
Itulah impian semua gadis normal yang sentiasa mendambakan
Seorang pendamping bernama suami

Namun bagimu itu tidak lebih sebagai dedaunan kering
Yang berterbangan pabila sudah sampai masanya
Berguguran jua ke atas tanah itu...
Tidak ada makna apa-apa lagi

Kerna engkau telahpun berkahwin dengan rasa mujahadahmu yang menyeronokkan itu
Kerna engkau telahpun bersanding dengan ilham Tuhanmu yang suci itu
Betapa nikmatnya rasa itu
Lebih seronok rasanya berbanding bersuamikan seorang lelaki yang beriman
Kerana telah terhimpun di dalam dadamu rasa cinta dan mahabbah yang begitu memuncak padaNya

Bagaimana mungkin engkau akan meninggalkan
Nikmat yang paling agung itu
Demi sebuah nikmat yang hanya bersifat sementara
Demi sebuah keseronokan yang bersifat duniawi

Malaikat yang sentiasa menziarahimu
Mencampakkan haruman kasturi
Disaat munajatmu padaNya
Itu lah saat yang paling berbahagia dalam hidupmu

Bukankah saat bahagia bagi sang perempuan itu
Saat bersama suami serta anak-anak?
Bergurau senda
Gelak dan ketawa riang
Membesarkan anak-anak dengan kasih sayang

Dan engkau pula.. keseronokan paling memuncak
Adalah bersama Tuhanmu
Munajat..menangis...solat..sujudmu
Puasa..mujahadahmu siang dan malam
Tanpa mengira penat dan jemu
Itulah yang paling membahagiakanmu
Di dunia ini...

Bahkan telah dibukakan hijabmu
Telah terpancar nur di wajahmu
Hasil limpahan cahaya suci Rabbul jalil
Hasil ikhlasnya mujahadahmu pada Ilahi

Sukarnya menemui wanita sebegini di zaman ini
Hampir-hampir tiada
Wanita yang hanya mendapatkan nikmat dan rasa lazat dalam
Sebuah kehidupan dengan hanya mujahadahnya pada Tuhannya
Dan kezuhudannya terhadap dunia..

Wanita yang gadisnya tidak pernah di miliki
Oleh mana-mana lelaki di dunia ini...
Kaulah perempuan mulia
Kau serikandi sufi terbilang hingga akhir zaman
Tiada kan boleh menggantikan kewarakan serta kezuhudanmu
Kerna hidup matimu hanya untukNya..



20 Ramadhan 1430H
10 Sept 2009
Khamis

Assalamualaikum buat anda semua...

Sudah beberapa hari aku tidak menulis...terasa rindu nak menulis lagi...kecintaanku pada dunia penulisan amat mendalam sekali..disini tempatku meluahkan rasa hati...melalui mata pena juga bisa menjadi sebahagian jihad kita pada agama...sekalipun jihad melalui medan perang itu memang sudah semestinya, justeru aku menggunakan ruang yang ada ini sebagaimana ulama’-ulama’ terdahulu yang menggunakan jihad melalui mata pena sebagai medan perjuangan mereka....lihat sahajalah peninggalan kitab-kitab mereka yang amat mulia itu sehingga kini menjadi rujukan dan teladan bagi kita generasi yang ada sekarang...

Saat aku menaip ini....aku pasangkan lagu nasyid bertajuk ”kematian” mengingatkan aku kepada kematian yang pasti...

”Justeru Allah tidak janjikan kematian kita diwaktu tua..

”Allah juga tidak janjikan kematian kita disebabkan sakit...tidak sakit pun boleh mati juga”

”Ingatlah Allah setiap waktu kerana kematian kita tidak tahu..”

”Mengapa aku belum menambah amalan..sedangkan umur semakin berkurangan...

”Oleh itu bersiap sedialah mengusahakan iman dan taqwa..sebagai bekalan menuju akhirat yang kekal abadi

”Hidup itu hanya sekali kita akan kembali.

”Tersilap di dunia padahnya akan diterima disana...disana....”

Begitulah antara bait-bait mulia nasyid ini...amat mendalam maksud yang ingin disampaikan oleh penasyid ini..menjadi penghibur yang sentiasa berpesan dan mengingatkan para pendengar atas urusan agama...beginilah sepatutnya...ruang yang ada digunakan sebaiknya

Kelebihan yang ada disalurkan untuk jalan kebaikan..ada orang punya suara, menyumbangkan suara untuk bernasyid...berceramah...dan sebagainya

Ada orang diberi kepandaian dalam melakar lukisan-lukisan seni...melakar tulisan-tulisan khat yang mengingatkan jua pada pencipta serta pemilik kehidupan abadi...melalui seni tulisan ayat-ayat al-Quran....

Begitu jualah seseorang yang diberi ilham olehNya untuk menulis...menulis suatu yang ada manfaatnya pada agama yang suci ini..oleh itu ingatlah semua bahawa kita semua pasti akan kembali padaNya jua

Walau apapun jua watak kita di dunia ini...sebagai pengarang kah..sebagai penulis kah...sebagai petani kah..sebagai tukang kayu kah..si penjual kueh kah atau apa jua pekerjaanmu...kita semua adalah hambaNya jua..walau apapun gelaran orang pada kita di dunia ini..itu semua hanya sementara sahaja..

Dengan rahmatMu ya Tuhan jangan kau kecewa aku ya Tuhan...dengarkan permintaanku...kabulkanlah doaku...

Kembalikan kami semua ke syurga...pertemukan kami dengan orang-orang yang kami kasihi di dunia dan pertemukan kami dengan hamba-hambaMu yang ikhlas mentaatiMu...

Kali ini aku akhiri sebuah tulisanku yang tidak berjudul sepertimana biasa..
Biarlah judul itu bukan perkara besar bagiku...tidak berjudul pun tidak apa-apa...

Salam perjuangan dalam menempuh ujian dan cubaan hidup..salam kesabaran dalam melakukan ketaatan padaNya..

Catatan 20 Ramadhan 1430H
10 Sept 2009
Khamis

Monday, September 7, 2009

Barokah ilmu ...

Tanda barokahnya ilmu itu
Mudah diterima suatu ajaran guru
Mudah mengingatinya
Mudah pula beramal dengannya

Punca barokahnya ilmu itu
Ikhlasnya sang guru menyampaikan
Ikhlas pula sang murid menerimanya
Juga menjaga adab-adabnya

Guru itu seorang yang wajib dihormati
Sebagaimana seorang anak terhadap kedua orang tuanya
Guru itu seorang yang wajar dibalas jasanya
Sebagaimana seorang anak membalas jasa keduanya

Walau tidak terbalas jasa guru
Walau diinfaqkan seluruh umurmu untuk membalas jasanya
Sekalipun ia mustahil
Namun takkan terbalas jua

Kerna guru yang benar-benar ikhlas itu
Tidak pernah meminta untuk dibalas jasanya
Jauh sekali meminta untuk diingati
Minta untuk diberi itu dan ini..

Tanda barokahnya ilmu itu
Mudah diterima suatu ajaran guru
Mudah mengingatinya
Mudah pula beramal dengannya

Punca barokahnya ilmu itu
Ikhlasnya sang guru menyampaikan
Ikhlas pula sang murid menerimanya
Juga menjaga adab-adabnya

Namun keikhlasan mereka terpancar
Dari raut wajah mereka
Dari renungan mata mereka
Yang redup sentiasa mendoakan anak didiknya

Walau keikhlasanmu itu tidak pernah diungkap dengan kata-kata
Kesannya dirasai oleh anak didikmu
Kesannya dirasai walaupun jasad sudah berpisah
Namun tautan hati itu tetap kekal di dalam hati
Hanya doa sahaja yang bisa ku utus buatmu guru
Doa tulus dari anak didikmu
Kerna engkau bukan sekadar guru yang mengajarkan ilmu
Bahkan engkaulah guru yang telah mendidikku
Sehingga menjadi manusia berguna

Itulah tanda barokahnya ilmu
Sentiasa diingat dikenang
Sampai kapan pun...

16 Ramadhan 1430H
6 Sept 2009
Ahad

Pencinta Ilahi

Berilah aku rasa mahabbah
Rasa cinta padaMu
Ya Rabbi
Ya Ilahi

Tiada cinta yang sebenarnya
Melainkan kecintaan dari pemilik
Cinta yang hakiki
Bukankah rasa cinta itu dariMu jua??

Pertemukan aku dengan pencinta Ilahi
Pencinta yang benar-benar ikhlas mencintaiMu
Pencinta yang benar-benar tulus mengasihiMu
Agar ia menjadi kekuatan kepadaku
Dalam melayari lautan mahabbahMu yang tidak pernah bertepi

Payahnya mencari pencinta Ilahi
Melainkan dengan kehendak dan seizinMu jua
Manusia merancang
Engkau juga merancang
Namun Dialah sebaik-sebaik yang merancang

Aku pasrah padaMu jua
Engkaulah sebaik-baik tempat mengadu
Sebaik-baik tempat untuk meminta
Sebaik-baik tempat merintih merayu...

16 Ramadhan 1430H
Ahad

Pendidik Nafsu

Susahnya nak mendidik nafsu ini
Sukarnya nak menundukkan nafsu ini
Yang penuh dengan mazmumah
Yang dipenuhi noda hitam

Ya Tuhan bagaimana hati ini
Boleh jadi bersih dan suci???
Bantuilah aku
Pertemukan aku dengan mursyid yang benar

Perjalanan seorang murid
Memerlukan seorang pemandu
Pemandu yang dinamainya sebagai Mursyid
Yang mengetahui selok belok perjalanan rohani

Yang telah sempurna perjalanan rohaninya
Yang telah sampai ke hadrat Ilahi
Pertemukan aku Ya Allah
Pertemukan aku dengan dia...

Dahulu aku sudah laluinya
Aku sudah ketemunya
Namun banyak sungguh ujian dan cabarannya
Yang aku lalui

Pertemukan dengan yang benar-benar ikhlas
Yang benar-benar dapat membimbingku
Aku amat membutuhkannya ya Tuhan
Tidakkah Engkau maha mendengar dan maha mengetahui..

Bagaimana mungkin aku...
Dapat meneruskannya sedang aku tidak mampu
Dari pelbagai sudut dan keadaan...
Ya Tuhan hanya Engkau sahaja yang maha tahu segalanya

Permudahkan perjalanan ini
Permudahkan jalan mujahadah ini
Yang amat payah dan sukar
Yang dipenuhi ranjau dan duri

Adakalanya aku sudah tidak mampu lagi
Adakalanya seperti hendak berputus asa
Namun rohku membisikkan
Bersabarlah..ketahuilah Dia sentiasa bersama orang yang sabar
Ya Tuhan hati ku gelisah selalu
Tetapkan hati dengan keyakinan yang teguh
Keyakinan yang tidak berbelah bahagi
Keyakinan terhadap janji-janjiMu yang benar

Engkau didiklah nafsuku ini
Agar ia tunduk
Agar ia tidak menguasai diriku
Agar aku sentiasa ikhlas dalam amal dan ibadahku

16 Ramadhan 1430H
6 Sept 2009
Ahad

Rahsia Bahagia...

Bahagia itu maknawi
Juga bersfat rohaniah
Rasa senang bukan bahgia
Sekalipun dia berharta
Kerana semua itu bersifat lahiriah
Ia bukanlah hakikat bahagia

Tenang itulah tanda Bahagia
Tiada tenang dan keluh kesah
Bila tiada kebahagiaan
Hidup penuh kepuraan

Bahagia itu maknawi
Juga bersifat rohaniah
Rasa senang bukan bahgia
Sekalipun dia berharta
Kerana semua itu bersifat lahiriah
Ia bukanlah hakikat bahagia

Mazmumah punca
Tiada bahagia
Kerana terus mengekalkannya
Hasad dengki
Gila dunia
Sombong bongkak
Merosakkan segala

Carilah tenang
Dapatkan bahagia
Cintakan Allah
Setiap masa
Bila zikrullah dihayati
Barulah bahagia
Diperolehi

Bahagia itu maknawi
Juga bersfat rohaniah
Rasa senang bukan bahgia
Sekalipun dia berharta

Kerana semua itu bersifat lahiriah
Ia bukanlah hakikat bahagia
Mazmumah punca
Tiada bahagia
Kerana terus mengekalkannya
Hasad dengki
Gila dunia
Sombong bongkak
Merosakkan sgl

Carilah tenang
Dapatkan bahagia
Cintakan Allah
Setiap masa
Bila zikrullah dihayati
Barulah bahagia
Diperolehi

Bahagia itu maknawi
Juga bersfat rohaniah
Rasa senang bukan bahgia
Sekalipun dia berharta
Kerana semua itu bersifat lahiriah
Ia bukanlah hakikat bahagia

15 Ramadhan 1430H
Qathrunnada...

Mujahadah itu…

Aduh beratnya ujianMu
Betapa beratnya dugaan yang Kau timpakan padaku
Ya Tuhan betapa mujahadah ini
Begini rupanya rasanya..

Jalan menuju jalan keredhaanMu
Dibentangkan ujian dan cubaan
Yang tidak pernah bertepi

Jalan menuju ke nerakaMu
Dibentang kelazatan dan kenikmatan
Yang melimpah ruah

Hati kecil nafsuku membisikkan
Alangkah seronoknya nikmat itu..
Ruginya aku melalui jalan ini
Ahhhh nafsuku membujuk rayu lagi

Rohku berkata-kata
Sabarlah..relalah menerima
Ujian TuhanMu ini
Dia sedang mengujiMu

Demikianlah nafsu dan roh
Sentiasa terjadi perang dalam bathinku ini
Aku teruskan jua mujahadah ini
Ya Tuhan berikanlah kemenangan kepada rohku
Yang sentiasa memberi ingat agar sabar dan rela menerima ujianMu

Ya Engkau sahaja
Yang sanggup menolong dalam hal yang seperti itu

Namun hambaMu yang bertaqwa dan tetap Imannya
Bagi mereka semuanya sama sahaja
Susah maupun senang
Kaya maupun miskin
Dihina maupun dipuji
Semua itu rasanya sama sahaja

Sekalipun dihimpun segunung emas
Bagi mereka itu semua tidak lebih dari
Dedaunan kering yang jatuh ke tanah

Perasaan mereka tenggelam
Dalam kelazatan zhauq dan ahwal
Dalam kelazatan muraqabah dan musyahadah

Mereka itu tidur
Namun hatinya berlegar sekitar Arasy
Sentiasa berhubungan dengan Tuhannya yang Maha Agung

Ya Tuhan ...
Bantuilah hambaMu yang lemah ini
Dalam melalui jalan mujahadah ini

Pimpinlah aku
Tuntuni aku
Jangan biarkan aku kesorangan lagi
Aku ingin bersamaMu tiap masa tiap ketika...


Imam Al-Ghazali pernah menukilkan kata-katanya dalam Minhaj al-’Abidin:

”Untuk itu, seseorang yang sudah bertekad untuk beribadat kepada Allah SWT, pertamanya harus membulatkan tekad supaya dapat bersabar dalam menghadapi segala cabaran yang amat sukar dan berat hingga akhir hayatnya.”


15 Ramadhan 1430H
5 Sept 2009

Hatiku Gelisah…

Bila hampir waktu sembahyang
Hatiku gelisah tidak menentu
Mataku ini tak mahu tidur
Buat apapun aku tidak mahu

Bila sudahku lakukan ibadah
Lagi hatiku bertambah susah
Rasa hatiku tidak menentu
Rasa hatiku tidak menentu

Ertinya masa ibadah tadi membuat dosa
Tidak beradab
Tidak bersopan
Dengan Tuhanku

Aku rasa aku tidak menunaikan kewajipan
Aku rasa beribadah dalam kelalaian

Aku meminta ampun
Di dalam hatiku
Kerna kelalaianku
Ibadahku tidak sempurna

Bilaku beri kuliah aku bertawasul
Dan meminta tolong dengan Tuhan
Agar aku tak riak
Agar aku tak megah
Supaya dijaga hatiku ini

Agar aku tidak riak
Agar aku tidak megah
Supaya dijaga hatiku ini

Agar aku sentiasa memberi kuliah
Dengan hati yang penuh keikhlasan

15 Ramadhan 1430H (Mawaddah)

Menangis..

Menangislah selalu
Nasib kita belum tahu
Walaupun dalam petunjuk belum tentu diterima (2X)

Kita patut selalu pilu
Mengenang nasib sendiri
Kematian belum tentu
Apakah dalam iman atau pun sebaliknya (2X)

Kita patut selalu pilu
Walaupun kita beramal belum tentu diterima (2X)

Walaupun dalam petunjuk
Apakah sampai kehujung
Kita tiada masa ketawa
Walaupun kita bertaubat belum pasti diterima (2X)

Menangislah selalu
Penutup umur kita belum tahu
Mintalah kepada Tuhan agar petunjukNya sampai kesudah (2X)

Menangislah selalu
Nasib kita belum tahu
Walaupun dalam petunjuk belum tentu diterima (2X)

15 Ramadhan 1430H (Mawaddah)

Nil itu menjadi kering…
Oleh Mesirku yang mula
Merubah…


Catatan Ayat-ayat Cinta..
14 Ramadhan 1430H

Subhanallah...

Sudah beberapa hari aku tidak membelek-belek laptopku ini...kesibukan menyelesaikan beberapa perkara dua tiga hari ini membuatkan aku keterbatasan masa untuk menulis lagi...

Namun hari ini...hari yang ke 13 Ramadhan ini...cukup tenang bagiku untuk menulis kembali....sedar tidak sedar sudah 13 hari kita berpuasa bermakna hanya tinggal 17 hari lagilah Ramadhan yang mulia ini akan pergi meninggalkan kita semua...perginya itu tidak menjamin apakah kita akan bertemu lagi Ramadhan pada tahun yang berikutnya ....Ya Allah...marilah sama-sama kembali kita muhasabahkan diri kita masing-masing...bagaimana puasa kita,...apakah kita benar-benar berpuasa dalam erti katanya yang sebenarnya?.....bagaimana ibadah kita yang lain..solat, qiamulail..sedekah ...Ya Allah...insafnya aku...

Tatakala aku menaip ini aku teringat suatu peristiwa pada suatu peistiwa yang pernah berlaku kira-kira 3 tahun yang lalu tahun 2007...

Ketika itu aku membawa kawan ku bagi menyelasaikan suatu hajatnya yang sangat mulia..dia sahabat baikku yang aku kenali sejak sekolah Tadika lagi... yang ketika itu hanya beberapa minggu sahaja lagi akan melangsungkan walimahnya...

Aku dipesan oleh seorang sahabat dijalanNya...kata beliau...:”Hafiza jangan lupa apabila kita selesai melaksanakan suatu urusan dijalanNya...bersedekahlah.”....

Itulah pesanannya yang sampai sekarang masih segar dalam ingatanku..apatah lagi setiap kali aku melalui tempat terjadinya peristiwa itu menguatkan lagi ingatan ku pada peristiwa itu...bertambah keyakiananku padaNya..dia maha mendengar setiap bisikan hati hambaNya..subhanallah...

Ketika perjalanan pulang dari melaksanakan hajat sahabat baikku itu di dalam KTM komuter...aku sempat berborak-borak dengan sahabat baikku itu..maklumlah tempat pengajianku berlainan tempat ..dia di UPM Serdang , aku pula jauh nun di bandar KL... dikesempatan beginilah aku dan dia akan menggunakan masa sebaiknya untuk berborak..maklum bukan selalu dapat bertemu..masing-masing sibuk dengan urusan tersendiri..urusan duniawi yang tidak pernah kan selesai...

Tatkala komuter berhenti di stesen komuter Serdang maka berakhirlah pada hari itu pertemuan kami berdua...maka bersalamanlah kami dengan kejapnya sebagaimana lazimnya yang dilakukan kami setiap kali bertemu dan berpisah...

Sementara menantikan komuter sampai ke stesen KL Sentral...aku berbisik sendirian... berbisik dalam bahasa hati...lantas aku teringat akan pesanan sahabat aku yang mulia itu terhadap apa yang telah aku katakan diatas tadi..aku ulangi lagi... ”Hafiza jangan lupa apabila kita selesai melaksanakan suatu urusan dijalanNya...bersedekahlah.”.... terngiang-ngiang lagi telinga ini dengan pesanan beliau itu...
Tapi bagaimana ya...aku berbicara sendirian...nak cari orang yang benar-benar memerlukan rupanya tak mudah juga ya...fikiranku berpusing-pusing memikirkannya..nak bagi kepada peminta sedekah jalanan...ramai je...tapi aku rasa macam tak sedap hati je..orang kata mereka itu dipergunakan oleh sendikit tertentu untuk mengambil kesempatan pada mereka ini....ahhhh aku tak tau serah saja padaNya...

Sedar-sedar rupanya sudah sampai stesen KL Sental...aku terus keluar berjalan sendirian sambil melakukan perkara biasa yang dilakukan oleh penaiki kenderaan awam seperti ku...membeli tiket dikaunter membeli tiket...

Sambil tersenyum aku berkata: ”Stesen Universiti 1”

Sambil menghulurkan wang secukupnya..aku mengambil tiket yang dihulurkan...

Lalu aku menaiki tangga bergerak (bahasa mudah bagi aku) .....tiba-tiba aku terdengar seseorang memanggilku...walaupun bukan memanggil namaku ..namun aku yakin suara itu menuju kepadaku...

”sis...sis...” (asal perkataan sister yang dipendekkan...bahasa melayunya bermaksud kakak)

Aku menoleh kebelakang...ketika itu aku masih menaiki tangga bergerak itu...

Aku lihat seorang anak muda memanggilku...

”Ya...” aku menjawab panggilannya...

Walaupun aku tidak mengenalinya siapa...namun dia rupanya benar-benar dalam situasi yang amat membutuhkan sesuatu...

Dia lantas memberitahu keadaannya...

”Sis saya kehilangan dompet..saya tiada duit nak balik....”cemas sekali lakunya itu...benar-benar memerlukan..

Aku lantas menghulurkan apa yang ada kepadanya...

Jauh hati kecilku berkata-kata inilah agaknya orang yang dimaksudkan...

”berapa alamat dan no telefon sis nanti saya nak bayar balik..”

Saya cuma katakan ”takpe dik...”

Seketika itu aku berpaling darinya...dengan sekelip mata aku menoleh kembali kepadanya...sudah tiada...cepatnya hilang...kemana dia????sehingga sekarang masih menjadi tanda tanya...
Namun kehilangannya itu tidak menjadi persoalan besar kepadaku...apa yang meninggalkan kesan padaku sampai sekarang...benarlah Allah itu maha mendengar bisikan setiap hambaNya....semua yang berlaku ini dengan seizinNya jua...apa yang ada itu hanya milikNya jua...

Semua ini benar-benar mendatangkan keinsafan ke dalam jiwaku...SUBHANALLAH...

13 Ramadhan 1430H.
Khamis

Kebenaran Pasti Terbela..

Sheikh Abdul Qadir al-Jailani berpesan dalam kitab Al-Fath Ghaib (Pembuka Yang Ghaib) dengan menyebut:

”Kebenaran tidak perlu dibela, Allah yang akan membelanya, bersabar dan beristiqamahlah kamu tanpa bertindak melulu membela kebenaran diri kamu, nanti kamu dibiarkan Tuhan menentukannya sendiri.”

Juga peristiwa yang pernah berlaku kepada wali Allah Abu Yazid al-Bustami yang pernah difitnah sebagai sesat, zindiq dan pelbagai lagi tohmahan oleh seluruh penduduk kota di zamannya. Beliau menurut sahaja perintah tanpa bantahan keatasnya supaya dibuang daerah. Kemudian apabila kota itu dilanda kemarau, Raja dan penduduknya menyedari kesilapan mereka menghukum Abu Yazid kerana terpengaruh dengan orang-orang alim yang dengki terhadapnya. Lalu Yazid dipanggil kembali, dan kembalilah beliau tanpa berkata apa-apa. Dengan kuasa Allah, selamatlah mereka dari kemarau tersebut..(dinukil dari kitab yang sedang ku baca bertajuk Liku-liku Jalan ketuhanan)

Inilah antara contoh teladan peristiwa benar yang pernah berlaku di zaman dahulu bahawa kebenaran itu pasti datang jua dengan pembelaan dari pemilik kebenaran yang hakiki (Rabb)...

Kata-kata yang dinukilkan oleh Sheikh Abdul Qadir al-Jailani dan peristiwa benar yang di nyatakan diatas benar-benar memberi kesan ke dalam jiwa ku...ya memang benar sekali...perkara-perkara yang benar itu pasti mendapat pembelaan dari Allah akhirnya sekalipun pada pandangan mata manusia itu semuanya salah belaka..

Begitu jua catatan dalam hidupku....aku juga pernah melalui situasi begini...namun tidak selayaknya hendak dibandingkan peristiwa-peristiwa atau kisah yang pernah terjadi kepada para aulia Allah..jauh sama sekali..

Apabila aku terbaca catatan pesanan Sheikh Abdul Qadir al-Jailani ini teringat kembali aku kepada peristiwa yang pernah terjadi kepadaku...namun tidak mungkin dapat aku ceritakan dalam ruangan catatan tulisan ini...ia bahasa hati..bahasa rahasia...bukan bahasa pena yang bisa melakar...menulis maupun menaip tentang catatan peristiwa itu...

Ahhhh!!! Biarkan sahaja ia menjadi rahasia hatiku dilubuk yang paling mendalam yang hanya aku dan Dia sahaja yang tahu...


13 Ramadhan 1430H.
3 Sept 2009
Khamis


Sunday, September 6, 2009

Sedihnya hatiku...

Hati ini rasa sedih
Hati ini rasa gelisah
Hati ini rasa sayu
Hati ini rasa sunyi dan sepi

Tapi rasa bahagia
Bahagia dapat bermanja-manja dengan Mu
Dalam waktu kesedihan dan kesayuan ini
Aku rasa terlalu nikmat
Nikmat bersimpuh dalam pengaduan kepada Mu
Ya Tuhan apakah rasa ini?

Sedih dan takut dihimpit dengan dosa-dosa
Yang tak pernah bertepi..
Hati rasa sunyi
Hati rasa sepi

Teringat kalam Tuhan yang mulia
Wali-wali Nya tidak sedih dan tidak takut
Ya Tuhan bagaimana aku mampu memilki hati-hati seperti itu?

Ku mohon berilah kepadaku
Dengan sebaik-baik kesabaran
Kesabaran hamba-hamba Mu yang dekat denganMu
Kesabaran orang-orang yang soleh

Kuminta Ya Tuhan
Berilah kepada ku
Sesuatu yang pernah diminta oleh hamba-hambaMu yang dekat denganMu
Sebaik-baik permintaan orang-orang yang soleh

Ya Tuhan aku malu denganMu
Malu meminta-minta denganMu
Sedang apa yang Engkau perintahkan
Belum dapatku laksanakan dengan sesempurnanya

Hamba apakah aku iniiiii????
Ampuni aku ya Tuhan
Ampuni aku ya Rabbi
Ampuni aku yang berdosa ini...

13 Ramadhan 1430
3 Sept 2009

Puisi Kenang-kenangan....

Di musim bunga
Atau di musim luruh
Pepohonan tetap terpasak
Teguh dibumi nyata
Demikianlah sepatutnya
Pendirian manusia
Ini suatu drama di pentas duniawi

Yang mekar kan layu
Yang cerah kan pudar
Yang patah kan tumbuh
Yang hilang kan berganti

Letakkan dirimu pada posisi
Tidak tahu dan ingin tahu
Supaya hidup sentiasa belajar
Walau dari seorang budak kecil

Pohon yang ditanam
Tak tumbuh dalam
Masa satu hari

Kita perlu kerja keras
Dalam kehidupan
Jangan mengalah dengan kerenahnya
Ia pewarna kehidupan...

Tambahkan ilmu
Baiki jiwa
Dan hormati semua orang

Kejujuran adalah harga diri manusia
Sementara hidup biarlah berbakti kepada semua....
Perteguhkan diri dengan ilmu dan keyakinan kita
Memikul tanggungjawab yang berat..

Ombak sentiasa teguh menghempap pantai
Demikianlah jiwa mukmin
Allahumma amin...

Kita hanya mampu menyaksikan
Perjalanan ketentuanNya
Namun fajar menyinsing
Sebelum mentari terbit

Ahli Ma’rifat
Lebih hidup
Hatinya dalam
Kesusahan...

Laut yang bergelora
Tersimpan di dasarnya
Berbagai khazanah mutiara..

Arif itu seperti pendekar
Yang menyembunyikan taringnya

Jangan membenci musim tengkujuh
Ia membasahi bumi
Dan menyuburkannya

Demikianlah seorang Arif itu..
Suka menyembunyikan kerohaniannya
Di sebalik kemanusiaannya..

Jangan bantah takdir Allah
Tapi jangan mengalah dengan takdir


* Ini adalah himpunan nasihat-nasihat guruku yang amat ku hormati, muga beliau sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayangNya..amin...

Cebisan kenangan 10 september 2004...

Apabila Tuhan membukakan bagimu suatu jalan untuk ma’rifat (mengenal pada Nya), maka jangan menghiraukan soal amalmu yang masih sedikit. Sebab Tuhan tidak membukakan bagimu melainkan ia akan memperkenalkan diri kepadamu. Tidakkah kau ketahui bahawa ma’rifat itu semata-mata pemberian kurnia Allah kepadamu..sedang amal perbuatanmu hidayah daripadaNya. Maka dimanakah letak perbandingannya antara hidayahmu dengan pemberian kurnia Allah kepada mu...

12 Ramadhan 1430H

Rasa Hati….

Wahai anak-anakku engkau tak tahu
Apa yang ada dalam hatiku
Biarlah aku beritahu
Untuk dikongsi bersama dengan kamu

Jiwaku sakit lebih dari fizikalku
Oleh itu fizikalku sakit
Aku tidak ambil peduli
Kecuali tak mampu menahan sakit itu

Apakah anak-anakku ingin tahu
Jiwaku sakit lebih dari fizikalku
Elok aku beritahu
Supaya kamu tahu perasaanku

Aku rasa dosa-dosaku
Sentiasa dihadapan mataku
Susah hati hendak melupakannya
Menjadikan perasaanku keluh kesah selalu

Lebih-lebih lagi kalau aku
Sedar terbuat dosa lagi
Lagilah jiwaku menderita
Lagilah jiwaku menderita

Bahkan aku teringat selalu
Dosa-dosaku diwaktu mudaku
Penyakit jiwaku menyerang ke dalam hatiku
Lantas ku ulangi ku ulangi taubatku

Maklumlah dizaman mudaku dahulu
Tiada siapa yang memimpinku
Macam aku memimpin diri kamu
Macam aku memimpin diri kamu

Diwaktu itu tiada jemaah Islam
Yang boleh mendidikku wahai anak-anakku
Diwaktu itu tiada jemaah Islam
Yang boleh mendidikku wahai anak-anakku

Wahai anak-anakku engkau tak tahu
Apa yang ada dalam hatiku
Biarlah aku beritahu
Untuk dikongsi bersama dengan kamu (2X)


12 Ramadhan 1430H (mawaddah)

Redha...

Aku pinta redhaMu ya Tuhan
Betapa sukarnya redha diatas segala ketetapanMu
Sekalipun aku merasakan bahawa aku telah redha
Namun jauh di hati kecilku
Masih terdetik suara seakan tidak redha diatas ketentuanMu

Ya Allah betapa sukarnya
Ya Tuhanku ampuni aku
Maafkan aku yang tidak redha ini
Aku tidak tahu apakah kau ampunkan

Aku terus meminta kepadaMu
Tanpa jemu-jemu
Berulang-ulang kali
Untuk menagih cintaMu kepadaku
Duhai Tuhan yang maha Agung...

Berikanlah kepadaku
Sekeping hati yang sentiasa redha
Sekeping hati yang sentiasa menerima
Setiap apapun ketetapan dan ketentuanMu

Sekalipun hati ini amat pedih untuk menerimanya
Sekalipun hati ini amat perit untuk menelannya
Ya Tuhan jangan kau kecewakanku
Ya Tuhan kabulkanlah permintaanku

Berikanlah kepadaku
Rasa kelazatan yang luar biasa
Pabila ditimpa musibah
Hati tetap tenang menerima
Bahkan senang hati dan gembira

Setiap kali ditimpa suatu kesulitan
Maupun diberi suatu kenikmatan
Makin akrab aku dengan Tuhan
Makin dekat aku dengan Tuhan

Maka ku pinta lagi
Berikanlah kepadaku keredhaanMu
Kerna redhaMu itu amat mahal sekali
Tiada ertinya hidup ini tanpa redhaMu

17 Ramadhan 1430H

Saturday, August 29, 2009

Getaran Rasa hati...

Beberapa hari yang lepas aku ber-sms dengan sahabat baik ku... ku beritahu pada dia tentang rasa hiba yang teramat sangat tatkala aku menatap kitab-kitab yang dikarang oleh seorang guru yang sangat tinggi akhlaqnya..walau aku tidak pernah mengenalinya (penulis kitab) secara terus namun ada suatu rasa yang tidak mungkin aku dapat gambarkan tatkala menatap kitab-kitab tersebut...

Sahabatku itulah selalu menjadi mangsa setiap kali aku ingin berkongsi tentang perkara2 pelik begini..(pelik yg penulis maksudkan perkara2 yg melibatkan soal hati)..katanya :
Mungkin kerana getarannya dan kedekatan hubungan penulis dengan Allah lantas mengena pula kepada pembaca..getar-getar itulah sukar diterjemah rasa, diterjemah bahasa...getar kedekatan dengan Allah yang mengena kepada kita...halus, sayu, sunyi tapi membahagiakan...

Bukankah siapa yang rasa ..dia yang tahu ??

Rasa apakah ini ya Allah???

18/8/2009
Selasa

Hakikat kesabaran...

Semenjak dua menjak ini..ku tidak tahu mengapakah hati ini rasa gelisah tidak menentu...terasa sesaknya dada ini menanggung rasa-rasa itu...

Ujian demi ujian...dugaan demi dugaan yang menimpa diriku...hatiku pedih...hatiku sedih sekali...Ya Tuhan berikanlah kepadaku sebaik-baik kesabaran...kesabaran dalam menanggung keperitan dan kepayahan dalam mengharungi ujianMu...

Aku teringat doa yang pernah diungkapkan oleh Imam Abu al-Hasan al-Syazili:

”Ya Allah, kurniakanlah kepadaku sifat sabar untuk mentaati perintah-Mu, menjauhi larangan-Mu dan menjauhi nafsu syahwat yang menjauhkan aku dari sisi-Mu”.

Ya Tuhan...aku ini hamba yang lemah tidak berdaya, faqir lagi miskin tidak punya apa-apa...bila mengingatkan sabda Rasulullah saw ini hatiku rasa terhibur sedikit namun dihimpit rasa malu...malu kerana tidak tahan menanggung keperitan dalam ujian-Mu....betapa aku ini hamba-Mu yang amat kurang sekali bersyukur...bukankah orang yang paling banyak diuji itu adalah para nabi?....jika nak dibandingkan dengan ujian yang kutanggung ini jauh sekali ringannya berbanding apa yang ditanggung oleh para nabi...Ya Allah malunya aku...lemahnya aku...

Sabda Nabi saw:

Maksudnya: ”Orang yang paling banyak menghadapi ujian ialah nabi, kemudian orang selepasnya dan selepasnya.”

Ada disebut dalam kitab yang sedang dibaca sekarang karangan al-Fadhil Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri... tiga darjat dalam sabar itu ada tiga keadaan:

1- sabar terhadap ketaatan
2- sabar terhadap kemaksiatan
3- sabar terhadap ketentuan dan musibah

Betapa kesabaran yang ku alami ini...masih ditahap ketiga... jauh sekali sabar terhadap ketaatan...marilah sama-sama bermuhasabah diri...Ya Tuhan bantuilah aku dalam melakukan mujahadah ini..


2 Ramadhan 1430 H
Ahad

6 Ramadhan yang memilukan....


Hari ini 6 Ramadhan 1430 H merupakan tarikh yang tak akan aku lupakan buat selamanya... tarikh yang telah memberi kesan mendalam di dalam lubuk jiwaku yang paling mendalam...

Pada harinilah aku dikhabarkan akan pemergian bondaku yang amat ku sayangi...tatkala berita ini sampai kepada ku kakakku menelefonku memkhabarkan akan keadaan mak yang sudah tiada harapan lagi..50..50..

Kak ngah baliklah...(dalam nada teresak-esak) ...aku terkejut mendengar riak suara kakakku yang seakan ingin memberitahu berita yang paling menyedihkan..

Ketika itu aku masih menuntut di UM tahun pertama,..baru beberapa bulan aku berada bumi ilmu ini...

Kenapa akak(panggilanku kepada kakak)...?

Dalam nada cemas itu aku cuba untuk bertenang...

Doktor cakap mak dah 50/50 baliklah kak ngah..

Aku seakan tidak mempercayai akan kata-kata akak

Betul ke ni? Ish...tak mungkin..baru semalam mak dimasukkan ke ICU kuantan...takkan begitu cepat...tak mungkinnnnn (aku bermonolog)

Betul ke ni akak? Aku cuba mendapatkan kepastian...

Baliklah kak ngah muka mak dah nampak lain (mungkin tanda-tanda kematian sudah mengahampiri)

Baiklah akak...

Assalamualaikum (telefon dimatikan)

Ya Tuhan benarkah berita yang baru aku terima ini...aku seperti sukar mempercayainya...

Jauh di sudut hatiku....aku masih mengharapkan keajaiban akan berlaku...agar apa yang ku dengar sebentar tadi tidak terjadi ....

Tidak lama kemudian aku bergegas ke rumah mak saudaraku di Cheras setelah dibawa oleh sepupu...sebahagian adik beradik abah yang tinggal di kl akan bertolak bersama-sama denganku...

Sesampainya aku dirumah mak andak (mak saudara) aku lihat nenek, bibik (panggilan bagi orang jawa yg bermaksud mak cik), pak man sudah tiba...mereka menantikan kedatangnku..aku dipeluk kuat oleh nenek bagi menenangkan aku...

Kemudian aku bersolat fardhu zohor...ketika itu sempat kupanjatkan doa agar diberi keselamatan serta kesembuhan kepada ibuku...

Tidak lama kemudian....tut ..tut..tut.. bunyi telefon bimbitku berdering...

Aku mengangkat dengan cemas seperti sudah menjangkakan bahawa berita buruk akan ku terima...

Kak ngah mak cik kiah (adik arwah mak yang paling rapat dengan mak) ni...mak dah tak ada...

Aku bagaikan tidak percaya..seketika itu juga aku terduduk...terkejut...macam-macam perasaan bercampur baur....

Kenapa terlalu cepat mak pergi...kak ngah tak sempat berada di sisi mak saat mak menghembuskan nafas yang terakhir...

Seketika itu juga jam menunjukkan 3 lebih PM...

Kereta yang dipandu oleh mak cu meluncur laju menuju ke destinasi..di pekan Pahang..rumah arwah tok (nenek)..

Sepanjang perjalanan aku diam membisu ...bagaikan di awangan... Ya Tuhan Engkau lebih menyayanginya...

Perlahan-lahan aku panjatkan doa agar arwah mak berada dikalangan hambaNya yang di redhai...mudah-mudahan pemergian mak di bulan Ramadhan penuh kemuliaan ini memberikan kita yang tinggal ini suatu keinsafan bahawa kita semua pasti menyusul jua ke alam sana...Cuma waktu, masa dan tempatnya tidak ketahui...hanya Dia lebih mengetahui...


Al-Fatihah buat bonda tercinta
Muga Rohnya dicucuri rahmat
6 Ramadhan 1430H

Pusara Bonda...

Hari ini 1 Ramadhan 1430 H bersamaan 22 Oktober 2009 alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk beribadah di bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini..

Harini aku, abah dan 2 adikku ke pusara bonda ...sudah lama rasanya tidak ziarah mak...

Sesampainya di sana aku lihat sudah bertambah rumah-rumah baru (kubur)...ya aku juga pasti ke sini juga suatu hari nanti...

Ku lihat banyak sudah kuburan baru....mungkin ada yang baru meninggal ...ku lihat batu nisan sementara yang diperbuat dari kayu masih setia terpacak diatas timbunan pasir itu...mungkin masih baru kubur ini...

Bahang panas terik jam 10.30 pagi sudah mula dirasai....namun tidak mematahkan semangat kami untuk membersihkan kuburan bonda..

Itulah rutin setiap kali ziarah ke pusara bonda...abah pasti akan bersiap bawa cakar, penyapu, air dan tikar dari rumah..

Setelah selesai membersihkan pusara mak..tok ki, tok...dan kubur-kubur yang berhampiran..kami semua sama-sama sedekahkan bacaan Yasin...

Aku teringat suatu doa yang amat dianjurkan bagi penziarah kubur...

Maksudnya:

”Ya Allah, Tuhan segala roh yang masih ada, tubuh yang hancur, bulu dan rambut yang pecah, kulit yang terpotong dan terputus, tulang-tulang yang lebur yang keluar dari dunia sedangkan dia (tulang-tulang) dengan kamu beriman, turunkanlah ke atasnya (tulang itu) roh daripada-Mu dan daripadaku.”

”Ucapan salam ke atas kamu negeri kaum Mukminin dan kami pasti dengan izin Allah akan mengikut kamu. Kami mohon
keafiatan kepada Allah untuk kami dan kamu.”

Marilah sama-sama kita beramal dengan doa ini, untuk kita sedekahkan kepada ibu, bapa, sanak saudara kita yang telah kembali ke Rahmatullah...mudah-mudahan dengan doa-doa yang kita bacakan ini akan menambahkan rasa keinsafan kepada diri kita yang masih lagi berada di dunia ini...

Buat pertama kalinya kini blog ku yang jarang-jarang aku jenguk..yang jarang-jarang aku ziarah...apalagi nak up-date...akhirnya bertukar corak...

Corak yang aku maksudkan disini adalah...dulu penulisanku lebih bersifat serius, fakta...bagi aku perkara- perkara peribadi itu terlalu rahasia untuk dikongsikan...

Namun kini tidak lagi...sebagaimana berlalunya zaman ....tahun berganti tahun....bulan berganti bulan...minggu berganti minggu...hari berganti hari..waktu berlalu tanpa pernah menoleh lagi kebelakang...manusia boleh berubah..namun biarlah perubahan itu suatu yang bersifat luaran...akan tetapi jadilah kita sebagaimana ombak yang setia memukul pantai namun tidak pernah merubah pantai...namun hati tetap teguh dengan pendirian yang benar..

Friday, August 21, 2009

Kesedihanku…

Setakat Inilah Yang Dapatku Sembahkan
Padamu Tuhan
Sudah Tentu Terlalu Banyak Kekurangannya
Aku Terlalu Sedih Sebenarnya
Wahai Tuhan…
Ku Anugerahkan Sesuatu Kepadamu
Yang Tidak Sepadan
Tapi Apakan Daya
Setakat Inilah Yang-Ku Mampu
Telah Melakukan Sedaya Yang Termampu
Setakat Inilah Yang Dapatku Sembahkan
Padamu Tuhan
Sudah Tentu Terlalu Banyak Kekurangannya
Aku Terlalu Sedih Sebenarnya
Wahai Tuhan…
Ku Anugerahkan Sesuatu Kepadamu
Yang Tidak Sepadan
Tapi Apakan Daya
Setakat Inilah Yg-Ku Mampu
Telah Melakukan Sedaya Yang Termampu
Hanya Masih Setakat Ini Sahaja
Kau Tahu Betapa Sedihnya Aku
Jiwaku Merintih Selalu
Jiwaku Derita Engkau Pun Tahu
Mengenang Ibadahku Selalu Kurang
Bagaimanapun Ku Harap Terimalah
Walaupun Serba Kekurangan
Aku Sangat Malu Dgnmu Tuhan
Nikmat Yg Engkau Kurniakan Banyak
Namun Ibadahku Sangatlah Kurang
Setakat Inilah Yang Dapatku Sembahkan
Padamu Tuhan
Sudah Tentu Terlalu Banyak Kekurangnya
Aku Terlalu Sedih Sebenarnya
Wahai Tuhan…
Ku Anugerahkan Sesuatu Kepadamu
Yang Tidak Sepadan
Tapi Apakan Daya
Setakat Inilah Yang-Ku Mampu
Telah Melakukan Sedaya Yang Termampu
Hanya Masih Setakat Ini Shj
Kau Tahu Betapa Sedihnya Aku
Jiwaku Merintih Selalu
Jiwaku Derita Engkau Pun Tahu
Mengenang Ibadahku Selalu Kurang
Bagaimanapun Ku Harap Terimalah
Walaupun Serba Kekurangan
Aku Sangat Malu Dgnmu Tuhan
Nikmat Yang Engkau Kurniakan Banyak
Namun Ibadahku Sangatlah Kurang
Tuhan Maafkanlah Aku
Dengan Rahmatmu
Ampunkanlah Dosa-Dosaku
Janganlah Engkau Bertindak Keatasku
MWDH...

Warkah buat adik-adikku...

Assalamulaikum wrt..buat adik-adik ustazah yang amat ustazah sayangi, moga kalian semua sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayangNya..

Saat tangan ustazah sedang menaip warkah yang tidak seberapa ini..hati ustazah sangat pilu dan hiba..sedih kerna dalam hati ini sudah tertanam rasa kasih dan sayang kepada kamu semua..berat sungguh hati untuk meninggalkan kamu semua..seketika ustazah berteduh disini telah menitipkan kenangan yang tidak mungkin ustazah lupakan sampai bila-bila..namun setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan….sebuah perpisahan yang bersifat sementara, namun kita pasti akan bertemu jua di negeri yang kekal abadi kerana iman dan Islam yang telah mengikat kita semua di bawah satu akidah yang mulia.

Sebagaimana kata-kata imam Al-Syafie (Allah merahmatinya):

“Kedukaan yang paling besar ialah kamu menyukai sesuatu tetapi ia tidak menyukai kamu”

Wahai adik2 ustazah yang disayangi..ingatilah pesanan Luqman al-Hakim:

“Wahai anakku, berkawanlah dengan orang-orang yang alim dalam agama, dan dekatilah mereka, serta duduklah dengan mereka dan ziarahilah ke rumah mereka, mudah-mudahan kamu mencontohi mereka dan dapat bersama-sama dengan mereka (di dunia dan akhirat)”

Duhai adik-adik Ustazah yang tercinta..ingatlah bahawa bekalan yang paling berharga bagi orang tuamu adalah anak yang soleh solehah..oleh itu jadilah kamu semua anak-anak yang sentiasa berbakti kepada orang tuamu sementara mereka masih bernafas lagi di dunia ini..hormatilah mereka serta janganlah kamu mengasari mereka dengan kata-kata mahupun perbuatan..sesungguhnya harta yang paling bernilai bagi orang tua yang telah meninggalkan dunia ini adalah doa-doa dari anak-anak yang soleh.

Satu lagi pesanan Ustazah duhai adik-adikku, hormati dan berbaktilah kepada guru-guru kalian yang pernah berjasa kepada kalian, mencurahkan ilmu tanpa minta dibalas berkorban masa dan tenaga demi ingin melihat kalian berjaya dalam pelajaran yang lebih penting lagi mengharapkan kalian semua berjaya di akhirat jua serta menjadi anak-anak yang sentiasa berbuat kebajikan. Jagalah adab kalian ketika menuturkan kata-kata serta jagalah tingkahlakumu dihadapan mereka, ingatlah..sekalipun kalian tidak beradab kepada mereka, namun mereka tetap mendoakan kalian tanpa menyimpan walau sekelumit rasa dendam jauh sekali membenci…setiap patah kata yang lahir dari mulut guru-guru kalian merupakan doa mereka kepada kalian..

Ingat pesan Ustazah ya adik-adik..jangan lupa berzikir..basahkanlah lidahmu dengan zikrullah..kerna zikir itu sebahagian jalan untuk mendekatkan diri kita kepadaNya..dan dengan berzikir juga hati akan menjadi tenang..

Firman Allah swt yang bermaksud:

Ingatlah, sesungguhnya dengan mengingati Allah itu, hati- hati menjadi tenang.. (surah ar-Ra’du: 28)

Salam Kasih sayang dari,
(Ustazah Nurhafiza bt Shahrudin
Jumaat, 3 Julai 2009)

Mentari tak selalunya bersinar
Adakalanya ia ditutupi mendung
Apapun yang terjadi ia tetap mentari
Memberikan sinar untuk semua

Di gelora lautan tersimpan butiran mutiara
Di heningan sungai hidupnya pelbagai buaya
Usah dibimbang bencana kehidupan
Ia memperteguhkan jiwa menguatkan iman

Manusia tidak mempu mengatasi takdir
Namun ia diberi ruangan untuk berfikir
Apa yang sudah terjadi usah difikir
Apa yang akan datang harus berwaspada

Hasrat yang tidak tercapai menghibakan hati
Gelora rasa sukar dipadam
Kita hanya berusaha sesungguh hati
Namun Dia juga yang menentukan

Kita tidak mengetahui apa yang akan terjadi
Mungkinkah itu akan terjadi...

Catatan al-Merbawi 2004

Thursday, August 20, 2009

Salam al-mubarak

Assalamualaikum wrt...

Dikejauhan ini, diriku yang amat kerdil ini...memohon maaf zahir dan bathin andai terdapat kesilapan serta kekhilafan yang dilakukan samada serta secara sedar maupun tidak..

terlalu banyak yang ingin diungkapkan namun cukup sekadar ini..biarlah ia menjadi rahsia didalam hati ku dilubuk yang paling mendalam..hanya DIA yang lebih mengetahui hakikat apa yang telah terjadi ini..

salam Ramadhan almubarak..selamat datang Ramadhan yang penuh mulia..Ramadhan karim..moga2 dengan kedatangan bulan mulia ini..dapat mendekatkan lagi diri kita pada NYA..muga2 dengan asbab kedatangannya menjadi kan kita hambaNYA yang kembali (INABAH) dalam erti kata yang sebenar..

Thursday, July 9, 2009

Rasa Hati….

Wahai anak-anakku engkau tak tahu
Apa yang ada dalam hatiku
Biarlah aku beritahu
Untuk dikongsi bersama dengan kamu

Jiwaku sakit lebih dari fizikalku
Oleh itu fizikalku sakit
Aku tidak ambil peduli
Kecuali tak mampu menahan sakit itu

Apakah anak-anakku ingin tahu
Jiwaku sakit lebih dari fizikalku
Elok aku beritahu
Supaya kamu tahu perasaanku

Aku rasa dosa-dosaku
Sentiasa dihadapan mataku
Susah hati hendak melupakannya
Menjadikan perasaanku keluh kesah selalu

Lebih-lebih lagi kalau aku
Sedar terbuat dosa lagi
Lagilah jiwaku menderita
Lagilah jiwaku menderita

Bahkan aku teringat selalu
Dosa-dosaku diwaktu mudaku
Penyakit jiwaku menyerang ke dalam hatiku
Lantas ku ulangi ku ulangi taubatku

Maklumlah dizaman mudaku dahulu
Tiada siapa yang memimpinku
Macam aku memimpin diri kamu
Macam aku memimpin diri kamu

Diwaktu itu tiada jemaah Islam
Yang boleh mendidikku wahai anak-anakku
Diwaktu itu tiada jemaah Islam
Yang boleh mendidikku wahai anak-anakku

Wahai anak-anakku engkau tak tahu
Apa yang ada dalam hatiku
Biarlah aku beritahu
Untuk dikongsi bersama dengan kamu (2X)


12 Ramadhan 1430H (mawaddah)

Sunday, March 15, 2009

INABAH

Inabah
Inabah adalah istilah yang berasal dari Bahasa Arab anaba-yunibu (mengembalikan) sehingga inabah berarti pengembalian atau pemulihan, maksudnya proses kembalinya seseorang dari jalan yang menjauhi Allah ke jalan yang mendekat ke Allah. Istilah ini digunakan pula dalam Al-Qur’an yakni dalam Luqman surat ke-31 ayat ke-15, Surat ke-42, Al-Syura ayat ke-10; dan pada surat yang lainnya.Abah Anom menggunakan nama inabah menjadi metode bagi program rehabilitasi pecandu narkotika, remaja-remaja nakal, dan orang-orang yang mengalami gangguan kejiwaan. Konsep perawatan korban penyalahgunaan obat serta kenakalan remaja adalah mengembalikan orang dari perilaku yang selalu menentang kehendak Allah atau maksiat, kepada perilaku yang sesuai dengan kehendak Allah atau taat.Dari sudut pandang tasawuf orang yang sedang mabuk, yang jiwanya sedang goncang dan terganggu, sehingga diperlukan metode pemulihan (inabah). Metode inabah baik secara teoretis maupun praktis didasarkan pada Al-Qur’an, hadits dan ijtihad para ulama, Metode ini mencakup :
Mandi
Lemahnya kesadaran anak bina akibat mabuk, dapat dipulihkan dengan mandi dan wudlu. Mandi dan wudlu akan mensucikan tubuh dan jiwa sehingga siap untuk 'kembali' menghadap Allah Yang Maha Suci. Makna simbolik dari wudlu adalah: mencuci muka, mensucikan bagian tubuh yang mengekspresikan jiwa; mencuci lengan, mensucikan perbuatan; membasuh kepala, mensucikan otak yang mengendalikan seluruh aktifitas tubuh; membasuh kaki, dan mensucikan setiap langkah perbuatan dalam hidup.

Sholat
Anak bina yang telah di bersihkan atau disucikan melalui proses mandi dan wudlu, akan dituntun untuk melaksanakan sholat fardhu dan sunnah sesuai dengan metode inabah. Tuntunan pelaksanaan sholat fardhu dan sunnah sesuai dengan ajaran islam dan kurikulum ibadah yang dibuat oleh Abah Anom.

Talqin Dzikir
Anak bina yang telah pulih kesadarannya diajarkan dzikir melalui talqîn dzikr. Talqin dzikir adalah pembelajaran dzikir pada qalbu. Dzikir tidak cukup diajarkan dengan mulut untuk ditirukan dengan mulut pula, melainkan harus dipancarkan dari qalbu untuk dihunjamkan ke dalam qalbu yang di talqin. Yang dapat melakukan talqin dzikir hanyalah orang-orang yang qalbunya sehat (bersih dari syirik) dan kuat (berisi cahaya ilahi).

Pembinaan
Anak bina ditempatkan pada pondok inabah guna mengikuti program Inabah sepanjang 24 jam. Kurikulum pembinaan ditetapkan oleh Abah Anom mencakup mandi dan wudlu, shalat dan dzikir, serta ibadah lainnya.

Pondok Inabah II untuk Putri

Disamping kegiatan-kegiatan tersebut diatas, juga diberikan kegiatan tambahan berupa : Pelajaran baca Al-Qur’an, berdoa, tata cara ibadah, ceramah keagamaan dan olah raga. Setiap anak bina di evaluasi untuk mengetahui sejauhmana perkembangan kesehatan jasmani dan rohaninya. Evaluasi diberikan dalam bentuk wawancara atau penyuluhan oleh ustadz atau oleh para pembina inabah yang bersangkutan.Atas keberhasilan metoda Inabah tersebut, KH.A Shohibulwafa Tajul Arifin mendapat penghargaan “Distinguished Service Awards” dari IFNGO on Drug Abuse, dan juga penghargaan dari Pemerintah Republik Indonesia atas jasa-jasanya di bidang rehabilitasi korban Narkotika dan Kenakalan remaja.

Berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh DR. Juhaya S. Praja, dalam tahun 1981-1989, 93,1% dari 5.845 anak bina yang mengikuti program inabah dapat dikembalikan ke keadaan semula dan dapat kembali hidup di masyarakat dengan normal.